Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Langkawi

Lokasi Percutian Tempatan Pilihan Cosmo

Masa untuk lepaskan lelah di lokasi percutian yang pasti memberi nikmat untuk relaks secara sempurna. Jelajah bersama Cosmo bermula sekarang…

Langkawi

Sudah banyak kali ke Langkawi, tapi jemputan ke Pulau Rebak untuk menikmati percutian pantai mewah di hotel Vivanta by Taj sungguh mengujakan. Hanya 15 minit menaiki bot dari Port Langkasuka, kamu akan disambut deretan bot mewah milik orang luar. Bot laju yang kami naiki dipandu perlahan kala masuk ke Marina kerana tak mahu tamparan ombak kuat mengganggu tetamu di situ.

Menjelajah sekitar Vivanta by Taj, kamu boleh bayangkan dirimu sedang menenangkan fikiran di tepi pantai sambil menghirup segelas kopi sejuk. Melihatkan air laut yang sebegitu tenang, alangkah seronoknya jika dapat mencuba jet ski dan parasailing di situ. Kehijauan yang menyelimuti sekitar hotel akan buat kamu mahu bersiarsiar sambil mengeluarkan peluh.

Langkawi

Kamu boleh jalan sendirian atau tunggu sesi bersama naturalist hotel yang akan berkongsi khasiat tumbuhan dan senarai haiwan kecil yang ada di pulau seluas 390 ekar itu, antaranya helang laut dan enggang oriental pied. Kalau kamu dapat lihat kelibatnya, memang mengujakan! Nak datang sendirian pun okey, nak berbulan madu pun boleh.

Dengan layanan mesra kakitangan di situ, kamu takkan rasa begitu lonely. Dan tempat yang sebegitu privasi sudah tentu jadi tumpuan pasangan berbulan madu. Menariknya, hotel ini menawarkan makan malam eksklusif untuk dua orang di Moon Deck, jadi bolehlah kamu berbual tanpa gangguan bersama si dia sambil menikmati hidangan istimewa dan tiupan angin pantai mengasyikkan.

Langkawi

Bagaimana untuk ke sana?

Kedua-dua Malaysia Airlines dan AirAsia menawarkan penerbangan dua kali sehari dari Kuala Lumpur, selain penerbangan dari Pulau Pinang dan Singapura.

Pilihan lain: Khidmat feri dari Kuala Kedah bermula jam 7 pagi ke 6 petang selama sejam setengah. Naik feri dari Kuala Kedah mengambil masa 45 minit saja.

 

Foto: Arkib Cosmopolitan Malaysia

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness