Lokasi Menarik Untuk Parti Bujang - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lokasi Menarik Untuk Parti Bujang

BFF kamu akan berkahwin dalam masa terdekat. Sebagai teman baiknya, kamu mahu bakal pengantin gembira dengan kejutan parti bujang yang kamu aturkan. Tak salahkan jika kamu ingin bermalam bersama BFF sebelum dirinya dimiliki orang. Tapi di mana ya? 

Hotel Lantern
38, Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Hotel bajet ini tersorok di tengah-tengah Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan apartmen yang terletak di atas bank Hong Leong. Yang seronok bila dapat menginap di sini bila kamu explore bahagian Kuala Lumpur yang tak pernah kamu tahu dan enjoy suasana tengah malam di Jalan Petaling. Sebaik kamu tiba di hotel bolehlah cuba minuman Mou Tak Ding Lo Han Ko yang dijual di bahagian luar hotel ini. Sedap dan murah!

 

The Sticks
Lot 213 Jalan KKB Fraser’s Hill, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Jika kamu mahu kelainan untuk parti bachelorette dan bosan dengan hotel di tengah bandar ataupun di tepi pantai, Cosmo mahu kamu cuba bermalam di dalam hutan. Eko resort ini terletak jauh di dalam hutan hujan di Kuala Kubu Bharu di daerah Hulu Selangor. Lebih kurang dalam satu jam pemanduan dari Kuala Lumpur, lokasinya agak tersembunyi dari jalan utama di mana kamu dan teman harus melalui jambatan gantung untuk sampai ke eko resort ini. Bayangkan betapa menarik road trip kamu nanti. Pelbagai aktiviti kamu boleh pelan sepanjang trip seperti lawat kampung orang Asli, white water rafting dan jungle trekking.

 

The Plantation
Lot 2767, Karak Town, Bentong, Pahang.

Terletak di Bentong Pahang, The Plantation mempunyai kolam renang luaran sepanjang tahun dikelilingi pemandangan hutan hujan dan kemudahan barbeku. Tak jauh dari Genting Highlands, lokasi getaway yang ideal ini sesuai untuk kamu dan teman mendapat ketenangan. Di sini, kamu boleh lakukan aktiviti glamping di mana mereka menutup tenaga solar di tengah malam bagi memberi tetamu menikmati ketenangan alam semula jadi di sini. Lepas nikmati hidangan malam barbeku kamu boleh menikmati pemandangan sambil main game truth or dares. Syok habis!

 

Foto:123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist