Lokasi Menarik Buat Kamu Yang Cintakan Kedamaian - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lokasi Menarik Buat Kamu Yang Cintakan Kedamaian

Kamu biasa  bercuti ke lokasi happening? Jom tukar selera  dengan tema back to nature. Tempah hotel atau penginapan dikelilingi flora dan fauna untuk dekatkan dirimu dengan alam sekitar. Pasti kamu akan lebih relaks dan dapat vibe positif serta kedamaian yang kamu cari selama ini.

Fig Tree Hill, Pulau Pinang

Lokasi ini menawarkan suasana tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit jika kamu pandu dari lapangan terbang Pulau Pinang, ia mampu buatkan kamu lupa hiruk-piruk bandar. Nyaman dan menenangkan! Terdapat enam vila berbeza yang diwakili dengan nama bunga seperti Kemboja, Melor, Cempaka dan banyak lagi.

HARGA UNTUK SATU MALAM: Dari RM600 – RM1,000.

Masbro Village, Melaka

Kamu suka bergambar? Ini mungkin destinasi terbaik. Terletak di kawasan Paya Rumput Melaka, ia adalah perkampungan berwarna-warni yang serupa dengan Brighton Beach Melbourne, Australia. Hotel butik yang berwarna-warni ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan penginapan kamu selesa.

HARGA UNTUK SATU MALAM: Dari RM137 – RM200.

Tubotel, Langkawi

Bilik Tubotel diperbuat daripada pembetung simen dan ia sangat trending sekarang. Jika kamu pilih Langkawi sebagai destinasi percutian dan mahu rasa pengalaman tidur di dalam silinder simen, kamu boleh ke Tubotel Langkawi. Ada 17 buah bilik untuk kamu pilih − sama ada yang menghadap taman ataupun lautan.

HARGA UNTUK SATU MALAM: Dari RM40 – RM280.

The Dusun, Negeri Sembilan

Resort ini mendapat nama The Dusun kerana asalnya ia merupakan dusun durian. Pemiliknya menukar tempat ini menjadi resort kerana mahu berkongsi keindahannya dengan orang ramai − dan semestinya, kamu juga boleh nikmati durian di sini! Resort ini ada menyediakan kolam untuk kamu berenang sambil bersantai. Terdapat juga dapur untuk kamu masak sendiri. Resort ini sangat sesuai untuk gathering keluarga.

HARGA UNTUK SATU MALAM: Dari RM300 – RM3,600.

Foto: 123rf.com

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist