Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lokasi Kari Kepala Ikan Paling Sedap Untuk Berbuka Puasa!

Sepanjang bulan Ramadan ini, macam-macam menu kamu dah mula fikir nak dijadikan juadah berbuka ketika di pejabat lagi kan? Waktu lunch dijadikan masa untuk kamu Google lokasi berbuka puasa paling best. Mahu Kari kepala ikan? Anyone?

Kari Kepala Ikan

Bertempat di pinggir kota, Bayan Indah Inap & Cafe menjanjikan set berbuka paling berbaloi terutamanya untuk si penggemar Kari Kepala Ikan. Suasana restoran yang ringkas, dikelilingi rimba memang sejuk dan mendamaikan.

Asam Pedas Kepala Ikan

Kamu boleh memilih menu masakan Kepala Ikan samada kari ataupun asam pedas. yang pastinya, kedua-dua sememamngnya sedap. Cosmo beri 5 bintang untuk kedua-dua menu ini kerana kuahnya yang pekat dengan aroma yang memikat.

Ketam Masak Cili Berlada

Favorite! Ketam Masak Cili Berlada antara menu yang mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. Dimasak oleh Chef Azmin, kesemua menu disediakan secara segar dan ekspress olehnya.

Ayam Goreng Dan Kerabu Mangga

Bayan Indah Inap & Cafe adalah lokasi ideal mesra kanak-kanak dan juga keluarga berkumpul beramai-ramai untuk berbuka puasa apatah lagi ia kini tampil dengan promosi set yang menarik. Jika kamu mahu mencuba menu berbuka disini, hanya waze lokasi Bayan Indah Inap & Cafe yang terletak di Kampung Sungai Penchala, bersebelahan Taman Tun Dr. Ismal.

Bayan Indah Inap & Cafe

Address: 3013, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 13-343 5833
Hours: Open today · Open 24 hours

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness