Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lindsay Lohan Pakai Burkini Ketika Berjemur Di Pantai Phuket

Lindsay Lohan dilihat memakai burkini ketika bercuti dan bersantai di Phuket, Thailand minggu lalu. Insiden itu menimbulkan tanda tanya adakah Lindsay akan terus berhijab penuh dan telah memeluk islam?

lindsay lohan burkini

Lindsay sebelum ini secara terbuka mengakui sedang mendalami Islam. Malah dia juga mengakui telah berlajar cara untuk bersolat termasuk berpuasa dan membaca Al-Quran.

lindsay lohan burkini

Menurut Lindsay, mendalami agama Islam membuatkan dirinya tenang dan dia turut mempelajari bahasa Arab yang memudahkannya untuk membaca tafsiran kitab Al-Quran.

lindsay lohan burkini

Beberapa foto Lindsay memakai burkini (pakaian renang muslimah) di sebuah pantai di Phuket tersebar dan ia kelihatan seperti Lindsay sedang menjalani penggambaran foto sebuah jenama burkini.

lindsay lohan burkini

Burkini tersebut sebenarnya adalah rekaan pereka dari Australia, Aheda Zanetti yang direka khas untuk wanita muslimah ketika melakukan aktiviti air. Menurut Aheda, burkini rekaannya sebenarnya turut dibeli oleh kebanyakan wanita bukan Islam kerana mereka lebih selesa memakai burkini daripada pakaian renang yang terdedah.

lindsay lohan burkini

“Hampir 40% jualan burkini saya datang daripada wanita bukan beragama Islam dan mereka memakainya kerana mahu melindungi kulit daripada rosak akibat berjemur,” kata Aheda kepada The Washington Post. Lindsay menerusi Instagramnya berkongsi foto percutiannya di Thailand bersama rakan-rakannya. Sementara itu, sehingga kini Lindsay masih belum mengesahkan status agamanya kepada umum tetapi kerap berkongsi keratan hadis Al-Quran di laman sosial, termasuk menukar bio-nya di Instagram kepada “Alaikum-salam”.

Foto: Nick McGrath/Splash News

 

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness