Lima Lokasi Percutian Yang Patut Kamu Kunjungi Sekarang!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lima Lokasi Percutian Yang Patut Kamu Kunjungi Sekarang!

Bayangkan lokasi percutian yang kamu lawati masih lagi kurang dikunjungi pelancong? Terasa bebas melakukan sebarang aktiviti apatah lagi kamu dikira antara pengunjung terawal lokasi tersebut!

Kebanyakan lokasi percutian sekarang dipenuhi pengunjung sehingga tiada lagi tarikan yang istimewa. Sesak dengan lautan manusia membuatkan kamu menjadi lebih stress! Cosmo senaraikan lima tempat percutian yang indah dan masih lagi kurang popular yang patut kamu lawati.

38232164 - summer yoga session on a beach - tropical koh rong island, cambodia

1. Koh Rong, Kemboja

Jika kamu mahu lari daripada kesibukan dan keriuhan kota, Koh Rong adalah pulau yang tepat untuk kamu. Ia adalah pulau dan perkampungan nelayan yang masih lagi terpelihara daripada pembangunan. Ia mula dibangunkan sebagai pusat percutian sekitar tahun 2000 dan kini mempunyai kemudahan lain termasuk tempat penginapan dan bot laju. Populasi Koh Rong memiliki hanya lebih kurang 1,100 penduduk.

 

7215560 - st martin island

2. Bangladesh

Bangladesh ialah negara Asia yang masih lagi dalam proses pembangunan namun kaya dengan keindahan landskap, budaya dan sejarah. Pelancongan bukanlah industri yang memberikan keuntungan di Bangladesh, tetapi kamu boleh lawati beberapa tempat menarik  seperti Ramna Park, muzium kebudayaan Lalbagh Fort, dan pulau St. Martin yang indah.

 

45529108 - st. alexander nevsky cathedral in the center of sofia, capital of bulgaria against the blue morning sky with colorful clouds

3. Sofia, Bulgaria

Kota yang penuh dengan reka bentuk yang unik dan cantik. Bukan saja segalanya murah di sana, malah Sofia dilaporkan bakal dipenuhi dengan pelancong dan akan menjadi seperti kota-kota popular di Eropah yang akhirnya sesak dan kotor.

 

60083960 - mandalay hill at sunset, myanmar

4. Myanmar

Myanmar atau dikenali juga sebagai Burma adalah negara Asia yang paling kurang dikunjungi sewaktu dulu. Namun sekitar tahun 2010, jumlah pelancong meningkat kepada jutaan orang setiap tahun. Menurut pelancong barat, Myanmar terdapat banyak lokasi menarik yang masih belum dikomersialkan. Jika Myanmar adalah dalam bucket list kamu, jangan lupa lawati lokasi menarik seperti Mandalay Hill, Kandawgyi Lake dan Hlawga National Park.

 

capture-20160927-202812

5. Zimbabwe

Keindahan air terjun ini setanding Victoria Falls. Terletak di Hwange National Park, lokasi ini masih lagi menjadi rahsia di kalangan penduduk Zimbabwe. Lokasi ini diibaratkan sebagai syurga kerana dipenuhi dengan tumbuhan menghijau, tasik yang jernih dan hidupan liar. Dipercayai ia menjadi habibat paling besar buat gajah berbanding di Afrika sendiri.

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness