Lima Kali Lebih Teruja Mencuci Wajah Dengan Chanel - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lima Kali Lebih Teruja Mencuci Wajah Dengan Chanel

Walaupun ia adalah langkah paling asas dalam kecantikan, tak bermakna ia biasa-biasa saja. Chanel beri kamu lima sebab untuk lebih rajin dan teliti membersihkan wajah.

Membersihkan kulit selepas seharian adalah langkah penting dan tidak sepatutnya dilangkau jika kamu inginkan kulit yang sihat berseri.  Kamu beri satu alasan malas cuci wajah, kami beri lima pembersih yang akan membuatkan kamu mahu membersihkan wajah siang malam dan bila-bila perlu.

Lima Tekstur Lima Sensasi

Tahun 2018 ini Chanel telah mempertingkatkan rangkaian pembersihannya dengan produk pembersih wajah baru. Dikhususkan buat semua wanita, semua jenis kulit, semua jenis solekan dan keperluan. Dengan menawarkan sensasi yang tiada tandingan dan keselesaan serta kesegaran, ia menjadikan sesi pembersihan wajah waktu yang menenangkan.

Mudah dan berkesan, The Cleansing Collection oleh Chanel ini memastikan pembersihan solekan wajah, mata dan bibir yang berkesan pada formula tahan lama dan kalis air, penyingkiran zarah pencemaran dan juga pelindung matahari. Kulit tampil bersih sempurna.

 

L’Huile Anti-Pollution Cleansing Oil, RM169

Dirumuskan dengan minyak semula jadi yang terbaik, ia sesuai untuk menanggalkan solekan tanpa meninggalkan kesan berminyak. Bila bercampur dengan air, tekstur minyak berubah milky dan meninggalkan kulit bersih dan lembap.

Letakkan satu atau dua pam pada telapak tangan yang kering dan usap pada wajah secara memusar. Kemudian pada bibir, kelopak mata dan juga bulu mata. Tambah air suam dan teruskan urutan pada seluruh wajah dan bilas.

Le Lait Douceur D’Huile Anti-Pollution Cleansing Milk-to-Oil, RM169

Jika tadi minyak berubah milky, yang ini milk-to-oil pula. Le Lait Doucher D’Huille juga sempurna untuk menanggalkan solekan tanpa meninggalkan kesan melekit pada kulit. Pembersihan lembut dan sensorial ini meninggalkan kulit kelihatan berseri dan mulus.

Dalam tiga hingga empat pam pada telapak tangan yang kering, urut pada kulit secara memusar. Tak perlu campur air. Bila selesai mengurut pada keseluruhan wajah, baru bilas dengan air.

Le Lait Anti-Pollution Cleansing Milk, RM169

Le Lait menawarkan pembersihan yang sangat lembut apabila ia menyelimuti kulit dengan tekstur berkrim yang membuatkan kulit terasa selesa. Untuk kamu yang tak sukakan kesan pembersih yang buat kulit kering dan ketat, ini pilihan terbaik.

Ambil dalam tiga hingga empat pam dan urut secara memusar pada wajah tanpa air. Nak membersihkannya juga kamu tak perlu air, cukup lap dengan kapas atau tisu lembut.

Le Lait Fraicher D’Eau Anti-Pollution Cleansing Milk-to-Water, RM169

Satu lagi pembersih dengan tekstur yang berubah, Le lait Fraȋcheur D’Eau bertukar cair sesegar air daripada milky. Kulit ditinggalkan dengan perasaan bersih yang segar.

Yang ini juga tidak memerlukan air, memudahkan kamu membersihkan wajah on-the-go! Ambil dalam tiga hingga empat pam dan urutkan pada wajah, mata, bibir, kening dan bulu mata. Kemudian bersihkan dengan kapas atau tisu lembut.

La Mousse Anti-Pollution Cleansing Cream-to-Foam, RM169

Bagi foam lovers, La Mousse cukup memuaskan dengan pembersihan mendalam. Bila bercampur air, ia akan berbusa dan menanggalkan segara kotoran dan minyak pada kulit meninggalkan kulit lembut dan selesa.

Seperti kamu biasa cuci wajah, picit sedikit pada tapak tangan dan busakan dengan air. Elak bahagian mata ya dan bilas dengan air.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru