Life Hacks Untuk Tampil Lebih Yakin
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
life hacks

Life Hacks Untuk Tampil Lebih Yakin

Life hacks ini penting untuk kamu yang kurang keyakinan di tempat kerja. Bahaya jika kamu tidak mengubah tabiat ini kerana rakan sekerja mungkin menjauhkan diri daripada kamu.

life hacks

Cosmo kongsikan cara mudah untuk kamu tampil lebih yakin di tempat kerja.  Jangan risau, tiada siapa yang akan judge kamu. Tip ini bukan untuk merubah personalitimu, tetapi membuatkan kamu menjadi lebih bagus darupada diri kamu yang dulu.

 

Cara Berjabat Tangan

Kamu boleh baca jika seseorang itu jenis menguasai mesyuarat atau tidak menerusi cara dia berjabat tangan. Jika tangannya di atas tangan kamu sewaktu bersalam, bermakna dia dominan. Kamu boleh neutralkannya dengan menundukkan sedikit tubuhmu dan pusingkan tangannya agar selari dengan tanganmu.

 

Rona Pakaian

Jika hadiri mesyuarat, pilih busana putih kerana ia sejuk mata memandang. Percaya atau tidak, rona hitam sebenarnya boleh buat kamu nampak tidak yakin.  Malah warna hitam juga terlalu cliché yang membuatkan kamu nampak terlalu ‘safe instead of full of confidence’.

 

Pakaian Formal atau Tidak

Bergantung kepada kerjaya kamu. Yang penting, ia kena selesa dan sesuai dengan personaliti kamu.  Apakata kamu cuba tetapkan hari Isnin untuk tampil formal dan hari-hari lain, pakai sesuatu yang menyerlahkan personalitimu. Pilih warna kegemaranmu, padankan dengan aksesori seperti anting-anting yang fancy.

 

Fokus

Abaikan seketika telefon bimbit dan beri sepenuh perhatian pada pembentangan. Duduk tegak dan ambil nota. Di dalam mesyuarat, berikan eye contact kepada rakan sekerjamu ketika dia sedang membentangkan hasil kerjanya. Berikan pendapat ataupun cadangan selepas rakan sekerja selesai dengan pembentangan. Jangan sesekali mencelah.

 

Gaya Rambut

Dandan rambut dengan kemas, tidak semestinya kena ikat pun. Cuba belajar daripada video tutorial di You Tube untuk gaya dandanan yang menarik. Sekali sekala kamu ubah stail rambut untuk tampakkan sisi lain kamu. Jangan lupa kamu harus tampil cantik dan kemas setiap hari Isnin kerana itu menunjukkan kamu sudah bersedia menghadapi hari-hari yang mendatang sehingga ke hujung minggu. Trik untuk rambut nampak bersinar dan harum, oleskan virgin coconut oil ataupun serum pilihan kamu.

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness