
Liam Payne Dan Cheryl Berpisah Setelah Dua Tahun Bersama
Pasangan ini bersama hampir dua tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Bermulanya Musim Panas 2018, kita telah dikejutkan dengan berita perpisahan selebriti terkenal, Liam Payne, bekas ahli kumpulan One Direction dan Penyanyi Inggeris, Cheryl. Pasangan ini telah bersama selama dua tahun. Mereka mengumumkan perhubungan kepada publik pada tahun 2015, setelah berjumpa di set X Factor U.K pada tahun 2008, di mana Cheryl adalah juri dan Liam adalah peserta.
Pasangan ini mengumumkan perpisahan mereka menerusi media sosial, dengan menulis:
"We are sad to announce that we are going our separate ways. It's been a tough decision for us to make. We still have so much love for each other as a family. Bear is our world and we ask that you respect his privacy as we navigate our way through this together."
Liam dan Cheryl mempunyai seorang anak lelaki bernama Bear yang lahir pada bulan Mac 2017. Sebelum ini Liam juga pernah mengeluarkan kenyataan mengenai masalah hubungannya dengan Cheryl.
Cosmo berharap pasangan ini masih akan kekal menjadi teman rapat walaupun telah berpisah.
Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)