Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lebih Dua Dekad Dalam Industri, Akhirnya Pencapaian JLo Diiktiraf!

Dapatkah kamu bayangkan betapa hebatnya persembahan J.Lo nanti?

Karier nyanyian yang telah mencecah dua dekad, tiada siapa boleh sangkal kehebatan Jlo diatas pentas (Erm, maksud Cosmo, tenaga dan tariannya bukan vokal). Di atas pencapaian itu juga menjadi antara penghibur yang berpengaruh, Jennifer Lopez bakal menerima Michael Jackson Video Vanguard Award!

MTV mengumumkan berita tersebut melalui Facebook Live pada Selasa lalu, serta mengesahkan J.Lo juga akan membuat persembahan di anugerah tersebut, di mana sudah pasti akan menjadi satu persembahan hebat!

Mungkin agak sukar dipercayai tetapi ini akan menjadi persembahan pertama J.Lo di VMAs sejak 2001. Jika kamu dah lupa persembahan mantap J.Lo pada waktu itu, nah, Cosmo selitakan di bawah untuk tontonan kamu juga beberapa muzik video yang menaikkan namanya sebagai throwback moments :

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker