Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lapisan Demi Lapisan Kesempurnaan

Kulit tampil sempurna hanya dengan cushion compact dua-dalam-satu terbaru ini. Asas solekan kegemaran kamu kini datang dengan pasangan!

 

Solekan takkan nampak lengkap tanpa asas yang sempurna, tetapi jika asasmu sempurna kamu mungkin tak perlu bersolek tebal lagi. Tak kiralah apa jua gaya solekan yang kamu ingin capai – glamor, edgy atau semula jadi, Laneige Layering Cover Cushion akan membantu kamu menyempurnakannya. Produk dua-dalam-satu yang menggabungkan bedak asas cushion dengan penyamar ini menghasilkan kemasan separa matte dengan litupan yang bertahan.

Langkah-Langkah Mencapai Litupan Sempurna

Langkah 1: Concealing Base

Mulakan dengan menutup cela yang ada pada kulit seperti parut atau ton tidak sekata sebelum memakai bedak asas. Ia menawarkan perlindungan SPF50+ PA+++ serta UV PA+++ dan diformulakan dengan Aqua Melting Technology yang memberi litupan lembut serta menyeluruh. Menggunakan Puff, pedap Concealing base pada bahagian yang perlu. Formula bedak poros di dalamnya menyerap sebum berlebihan untuk mengelak wajah nampak berkilat terutamanya pada zon-T.

Langkah 2: Layering Cushion

Ia bertindak sebagai bedak asas selepas kamu tutup segala cela. Seperti biasa, pedap pada kulit, jangan sapu atau oles. Produk Cushion memang diketahui mudah diadun dengan sempurna. Illuminating Jewel Powder yang diperbuat daripada mutiara halus memberikan kulit efek kemekaran yang menawan. Dengan perlindungan SPF28 PA++ dan ekstrak kulit laici, ia menenangkan dan melindungi kulit agar sentiasa sihat dan terhidrat. Kulit tampak berseri, segar dan bercahaya.

 

Berbeza daripada cushion yang sebelum ini, Layering Cover Cushion menampilkan Puff yang bentuknya seperti titisan air dengan hujung atasnya diperbuat daripada Velvet Puff untuk digunakan bersama Concealing Base pada bahagian bawah mata dan sisi hidung. Bahagian yang lebih besar pula dipanggil Air Puff yang digunakan bersama Layering Cushion bagi melengkapkan kanvas wajahmu. Diformulakan dengan Water Capture System yang terdiri daripada air tulen dari Perancis dan air mineral hydro-ion, Puff ini menstabilkan lembapan serta menawarkan efek sejuk pada kulit dengan membekalkan lembapan setiap kali paf menyentuh kulit. Harga bernilai RM 145.

 

Hadir Dalam 5 Ton

 

 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru