Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Lakukan Ini Untuk Menjamin Percintaan Yang Lebih Bahagia

Tak membabitkan wang ringgit (maybe not all of them), tetapi Cosmo suka kalau kamu amalkan pay it forward dalam perhubungan, agar percintaan lebih utuh dari hari ke sehari.

Foto: Shutterstock.com

Benih yang kecil itulah yang akan membesar menjadi pohon yang sihat dan kuat. Cinta juga perlukan benih sebegini menerusi perbuatan kamu yang pemurah dan tak berkira. Jika kamu masih teragak-agak tentang pemberian atau pengorbanan yang besar, cuba ‘aksi’ kecil ini sebagai pelaburan untuk peroleh perhubungan lebih kukuh.

5 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dah tahu si dia sedang sibuk. Jangan buat-buat lupa pada masa yang kamu jadi workaholic kerana tuntutan kerja dan betapa kamu mengharapkan hal tak berkaitan tidak mengganggumu pada waktu itu. Kamu boleh ‘laburkan’ sedikit pengorbanan untuk si dia dengan tidak membebankan lagi fikirannya. Contoh, jangan tanya soalan remeh seperti nak pergi makan mana berkali-kali padahal kamu boleh cadangkan saja, dia pasti setuju dan rasa lega tak perlu serabutkan fikiran.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor