
Lakukan Ini Untuk Menjamin Percintaan Yang Lebih Bahagia
Tak membabitkan wang ringgit (maybe not all of them), tetapi Cosmo suka kalau kamu amalkan pay it forward dalam perhubungan, agar percintaan lebih utuh dari hari ke sehari.
Foto: Shutterstock.com
Benih yang kecil itulah yang akan membesar menjadi pohon yang sihat dan kuat. Cinta juga perlukan benih sebegini menerusi perbuatan kamu yang pemurah dan tak berkira. Jika kamu masih teragak-agak tentang pemberian atau pengorbanan yang besar, cuba ‘aksi’ kecil ini sebagai pelaburan untuk peroleh perhubungan lebih kukuh.