Lagu Raya Yang Pasti Menceriakan Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Senarai Lagu Raya Yang Pasti Menceriakan Kamu

Bila tiba Aidilfitri pasti ada yang berduka. Hey, janganlah bersedih. Hari raya adalah masa untuk kamu bergembira dan meraikannya dengan penuh ceria!

Tetapi bila tiba hari raya, cuba elakkan mendengar lagu raya yang sedih dan mengusik emosi. Siapa kata tiada lagu raya yang ceria dan menaikkan semangatmu? Cosmo mahu kamu semua ceria di Aidilfitri ini dengan lagu-lagu raya seperti ini.

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dato’ Sudirman – Balik Kampung

Siapa yang tidak hafal lagu ini? Malah kanak-kanak juga tahu lagu paling wajib bila tiba hari raya ini. Melodi yang rancak dan lirik yang sangat indah membuatkan sesiapa yang mendengarnya tak sabar mahu pulang ke kampung halaman.

“Terbayang wajah-wajah yang ku sayang, Satu-satu tersemat di kalbu, Pasti terubat rindu di hati, Menyambut kepulangan ku nanti”.

Jadi, untuk kamu yang pulang ke kampung nanti, bila baca lirik ini, jangan lupa berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung nanti ya!

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Dan Batin

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness