Lady Gaga Kongsi Kisah Hitam Pernah Dirogol
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
lady gaga being raped

Lady Gaga Kongsi Kisah Hitam Pernah Dirogol

Siapa sangka selebriti dengan personaliti gila-gila dan lantang bersuara seperti Lady Gaga selama ini menyembunyikan kisah hitam yang perit. Dia mengakui pernah dirogol ketika berusia 19 tahun yang sehingga kini memberi impak besar dalam hidupnya.

lady gaga being raped

Dalam satu interview bersama sebuah rancangan bual bicara, Gaga berkongsi kisah hitam itu secara terbuka. “Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan pernah dirogol ketika remaja. Saya takut dan malu walaupun dengan hanya mendengar perkataan ‘rogol’ itu,” jelas Gaga.

Menurut Gaga, sehingga kini dia masih trauma dan mengalami kemurungan dan tekanan perasaan setiap malam sebelum tidur. “Tetapi saya jadikan trauma ini sebagai kekuatan untuk saya teruskan hidup dan melakukan yang terbaik. Saya tak mahu hancurkan impian saya hanya kerana detik hitam ini,” bagaimanapun Gaga tidak mendedahkan identiti perogol tersebut.

Gaga kemudian bercerita yang lagu nyanyiannya, Til It Happens To You, lagu runut bunyi filem dokumentari berjudul The Hunting Ground didedikasikan buat semua mangsa serangan seksual. “Saya menghidap post-traumatic stress disorder (PTSD), tetapi doktor, pakar terapi dan keluarga menjadi sumber kekuatan buat saya,” katanya.

lady gaga being raped

 

Tambah Gaga, ibu saudaranya juga pernah menerima serangan seksual ketika remaja sebelum meninggal dunia akibat penyakit lupus. “Saya mahu kamu, mangsa serangan seksual berani untuk berkongsi cerita ini. Bukan untuk memalukan diri sendiri. Kamu adalah mangsa dan pemangsa perlu dihukum!” kata Gaga yang baru saja melancarkan album solo kelimanya berjudul Joanne pada Oktober lalu.

Foto: Instagram.com/ladygaga

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness