La La Land Raih Pencalonan Terbanyak Dalam Sejarah Anugerah Oscar!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
la la land oscar 2017

La La Land Raih Pencalonan Terbanyak Dalam Sejarah Anugerah Oscar!

La La Land mendahului pencalonan dalam Anugerah Oscar tahun ini dengan 14 pencalonan, menjadikannya setanding dengan filem Titanic dan All About Eve sebagai filem yang meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Anugerah Oscar!

la la land oscar 2017

 

Tentu sekali kategori Aktor dan Aktres Terbaik menjadi perhatian dan Emma Stone yang baru sahaja menang trofi Aktres Terbaik di Anugerah Golden Globe, sekali lagi menjadi calon kegemaran untuk menang! Nampaknya tahun ini, karier lakonan Emma sangat menyerlah selepas sering dilabel pelakon kelas C sebelum ini.

La La Land yang menang besar di Golden Globe, turut menangkat nama pengarahnya, Damien Chazelle. Walaupun masih muda, Damien menerima pujian yang banyak daripada penggiat filem antarabangsa yang turut menjangka yang dia bakal menang trofi Pengarah Terbaik Oscar!

la la land oscar 2017

Jika kamu fikir Ryan Gosling adalah calon utama untuk menang kategori Aktor Terbaik menerusi filem La La Land, kamu silap! Casey Affleck lebih menyerlah dalam filem Manchester by the Sea dan menjadi calon favorite untuk Oscar kali ini. Walaupun filem itu mencetuskan kontroversi, Casey telahpun meraih trofi di Anugerah Critics’ Choice dan Golden Globe. 

Senarai penuh pencalonan Oscar 2017 yang akan berlansung pada 26 Februari di Dolby Theater, Los Angeles. Calon yang berwarna pink adalah pilihan Cosmo:

BEST PICTURE
Arrival
Fences
Hacksaw Ridge
Hell or High Water
Hidden Figures
La La Land
Lion
Manchester by the Sea
Moonlight

BEST DIRECTOR
Denis Villeneuve, Arrival
Mel Gibson, Hacksaw Ridge
Damien Chazelle, La La Land
Kenneth Lonergan, Manchester by the Sea
Barry Jenkins, Moonlight

BEST ACTRESS
Isabelle Huppert, Elle
Ruth Negga, Loving
Natalie Portman, Jackie
Emma Stone, La La Land
Meryl Streep, Florence Foster Jenkins

BEST ACTOR
Casey Affleck, Manchester by the Sea
Andrew Garfield, Hacksaw Ridge
Ryan Gosling, La La Land
Viggo Mortensen, Captain Fantastic
Denzel Washington, Fences

BEST SUPPORTING ACTRESS
Viola Davis, Fences
Naomie Harris, Moonlight
Nicole Kidman, Lion
Octavia Spencer, Hidden Figures
Michelle Williams, Manchester by the Sea

BEST SUPPORTING ACTOR
Mahershala Ali, Moonlight
Jeff Bridges, Hell or High Water
Lucas Hedges, Manchester by the Sea
Dev Patel, Lion
Michael Shannon, Nocturnal Animals

BEST ORIGINAL SCREENPLAY
Hell or High Water
La La Land
The Lobster
Manchester by the Sea
20th Century Women

BEST ADAPTED SCREENPLAY
Arrival
Fences
Hidden Figures
Lion
Moonlight

 

BEST ORIGINAL SONG
“Audition,” La La Land
“Can’t Stop the Feeling,” Trolls
“City of Stars,” La La Land
“The Empty Chair,” Jim: The James Foley Story
“How Far I’ll Go,” Moana

BEST ACHIEVEMENT IN CINEMATOGRAPHY
Arrival
La La Land
Moonlight
Lion
Silence

Foto: Tpgimages.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness