Kylie Jenner Tak Pernah Berdendam Dengan Jordyn Woods!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kylie Jenner Sudah Move On Daripada Jordyn Woods!

Kylie Jenner Tidak Berdendam Dengan Jordyn Woods

Nampak gayanya persahabatan Kylie Jenner dan Jordyn Woods secara rasminya telah berakhir. TMZ melaporkan mereka masih belum berjumpa semenjak Jordyn dan Tristan dikatakan mempunyai hubungan sulit. Kylie juga dikatakan telah putus asa untuk berbaik dan telah move on. Oops…
image

Sumber-sumber tersebut berkata, walaupun ada laporan sebelum ini yang mengatakan Kylie dan Jordyn telah berjumpa, mereka tidak dapat selesaikan apa-apa setelah apa yang terjadi. Sebabnya? Ini dikatakan berpunca daripada temu bual Jordin di dalam Red Table Talk, di mana dia menafikan pernah tidur bersama Tristan:

“Never once was I giving him a lap dance, making out with him, sitting all over him,” she said. “It’s just we’re all together; we’re in a group. Never once did we leave the public area, go to the bedroom, go to the bathroom.”

TMZ berkata temu bual Jordyn itu tidak dapat memenangi hati Kylie kembali dan sebenarnya telah membuatnya lebih yakin yang persahabatan mereka tak akan sama lagi seperti sebelumnya.

Selain itu, Kylie mahu Jordyn mengambil barang-barangnya di rumah tetamunya supaya mereka boleh muktamadkan perpisahan mereka. Bagaimanapun, Kylie masih okey kalau nak berbaik dengan Jordyn tetapi bukan sebagai kawan baik lagi.

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Image result for kylie jenner jordyn woods

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker