Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kylie Jenner Rasa "Insecure" Selepas Lahirkan Anak Pertama

Kylie Jenner Dedah Dirinya Alami Tekanan Perasaan Selepas Bersalin

Semua orang tahu Kylie Jenner berjaya turunkan berat badan dengan cepat selepas melahirkan anak. Kelahiran Stormi membuatkan berat badan Kylie naik sehingga 20kg dan ini membuatkannya tertekan.

Tetapi di dalam satu episod Keeping Up With The Kardashians, Kylie mengatakan dia berasa tidak yakin dengan tubuhnya yang telah berubah setelah melahirkan anak. Semasa mengemas pakaian bersama kakaknya Kim, Kylie berkata: “Tiada apa yang muat di dalam almari saya. Saya buang pakaian yang saya rasa dah tak boleh muat. Saya tahu saya takkan boleh pakai jeans saiz 25 lagi.”

Kylie meluahkan lagi perasaannya dengan berkata: “Saya hanya berasa kurang yakin. Saya rasakan punggung saya melebar. Jeans kesukaan saya dah tak muat!”.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for kylie jenner body

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker