Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kyshadow

Kylie Jenner Buat Kejutan Di Los Angeles!

Kylie Jenner beri kejutan kepada peminat setianya juga gadis-gadis yang menggilai mekap sepertinya! Selepas muncul dengan koleksi pakaian mandi, Kylie maju setapak lagi dengan koleksi mekap @kyliecosmetics menampilkan Kyshadow – palet pelbagai warna dan gincu bibir yang seksi!

 

kyshadow

Palet mekap KYSHADOW dilancarkan semalam di media sosialnya termasuk Instagram dan Snapchat. Sebagai menghargai sokongan peminat, Kylie membuat kejutan dengan mengedarkan koleksi terbaru mekapnya itu secara percuma di sekitar Los Angeles. Kylie yang ditemani pengurusnya mengedarkan sendiri koleksi hangat tersebut dan merakamkannya di Snapchat. Bintang realiti berusia 18 tahun itu juga secara rawak menerjah beberapa restoran, hospital, rumah dan di kaki lima mengagihkan produk tersebut secara eksklusif.

kyshadow

Koleksi Kyshadow untuk palet pelbagai warna

kyshadow

Koleksi Kyshadow untuk lipgloss dengan warna-warna hangat dan seksi!

Kylie memang terkenal dengan pelbagai produk dan aplikasi. Berbanding kakaknya Kendall yang lebih ke arah modelling, Kylie dilihat megikuti jejak kakak tirinya Kim Kardashian dalam bidang perniagaan. Kylie sebelum ini pernah tersenarai diantara remaja paling berpengaruh di dunia. Dengan populariti dan pengaruh namanya sendiri, Kylie meluaskan kuasanya dengan tampil dengan koleksi mekap, pakaian mandi, aplikasi pintar serta permainan video sebelum ini.

‘Saya sudah lama mengimpikan saat ini, dan teruja melancarkan palet KYSHADOW!’, ujarnya. Rangkaian kosmetik KYSHADOW boleh didapati di web thekyliejenner.com ataupun aplikasi rasmi Kylie Jenner. Untuk info lanjut, jangan lupa stalk Instagram Kylie Jenner ya!

 

throwback to when I spent the day learning how to make these eyeshadows for you guys 😊

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

 

Foto: Instagram/ Oleh: @curlyjow

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness