Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuku Mencari Rezeki Jangan Diabaikan!

Tak kiralah kerja kamu mencari wang berjuta, menaip laporan berpuluh muka surat atau membentangkan proposal, Cosmo ada tip untuk pastikan kuku kamu sentiasa sihat dan sedia to conquer the work place.

Foto: Shutterstock.com

Kuku yang kering dan jika diwarnakan tapi dibiarkan saja warnanya tercabut tanpa melakukan apa-apa antara tanda kamu pemalas! Kamu tak mahu imej itu menular di pejabat jadi kami tampilkan tiga langkah kamu kembalikan keserian kuku dengan mudah.  Basic saja ni!

3 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

5 Tabiat Buruk Harus Dibuang!

 

  1. Gigit kuku. Entah apa-apa saja kamu pegang, semuanya masuk ke dalam mulut selain buat kuku bergerigi.
  2. Taksub membersih sampai ke bawah kuku kamu korek dan sental sehingga tersiat isi dan kuku. Sakit, kan?
  3. Memotong kutikel. Jangan tarik, potong atau gunting kerana ia membantu hilang bakteria. Tolak saja perlahan-lahan selepas mandi.
  4. Kupil warna kuku. Bukan warna saja malah lapisan atas kuku pun boleh tertanggal. Bersihkan guna nail polish remover yang tak mengeringkan.
  5. Alat bertukang. Memanglah kuku kamu boleh keluarkan stapler, koyak sampul, jadi pemotong pita bungkusan tapi jangan sampai merosakkan kuku sampai terkoyak separuh pula.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru