Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuku Mencari Rezeki Jangan Diabaikan!

Tak kiralah kerja kamu mencari wang berjuta, menaip laporan berpuluh muka surat atau membentangkan proposal, Cosmo ada tip untuk pastikan kuku kamu sentiasa sihat dan sedia to conquer the work place.

Foto: Shutterstock.com

Kuku yang kering dan jika diwarnakan tapi dibiarkan saja warnanya tercabut tanpa melakukan apa-apa antara tanda kamu pemalas! Kamu tak mahu imej itu menular di pejabat jadi kami tampilkan tiga langkah kamu kembalikan keserian kuku dengan mudah.  Basic saja ni!

2 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Warna Untuk Apa Jua Acara Pejabat

 

Mesyuarat: Tak semestinya kamu perlu stick to nudes saja tetapi janganlah terlalu gelap juga. Hijau-kelabu ini boleh dikatakan seimbang antara professional dan juga fun.

Chanel Le Vernis Longwear Nail Colour rona Horizon Line, RM95

Friday Frolics: Selalunya Jumaat lebih chill, untuk sesetengah pejabat, kamu boleh pakai jeans jadi kamu pun lebih bebas untuk bergaya. Go for brights! Merah? Oren? Kuning?

Sally Hansen Complete Salon Manicure in Kook-A-Mango, RM26.90

Mondays: Hari yang rata-ratanya semua tak berapa ada mood untuk kerja sepenuh hati jadi berikan kukumu riasan warna yang membangkitkan semangat seperti biru, hijau atau ungu!

Orly Breathable Treatment + Color Nail Polish rona Fresh Start, RM69

Power lunch: Bergantung kepada bidang kerjaya. Jika korporat, pilih warna selamat seperti nudes dan beiges. Tetapi jika kamu dalam bidang kreatif seperti kami, go girly with pinks! (Atau apa saja yang kamu suka).

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru