Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Siapa Paling Berkuasa Dalam Hubungan Cintamu?

Ketahui siapa yang mendominasi hubungan, atau sememangnya kalian saling bertoleransi.

Foto: Nick Onken

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Kamu Lebih Dominan

Serupa seperti Mrs Beckham, kamulah yang ‘memakai skinny jeans’ dalam perhubungan cinta kalian, manakala si dia sekadar ‘memakai kain bermotifkan flora’. Memiliki pengaruh besar dalam sesuatu perhubungan mencetus perasaan mengujakan, tapi ia tidak selalunya berkesan dalam jangka masa panjang. Untuk menjayakan sesuah perhubungan cinta, kedua-dua pihak perlu bertolak ansur dan saling memahami. Kamu jadi begitu berkuasa dalam sesuatu perhubungan kerana kamu tahu dia akan mengalah. Tapi ingat, jika kamu terlalu mencuba untuk mengubah dan membentuk kekasihmu kepada sesuatu yang bukan dirinya, ‘retaknya’ pasti akan kelihatan. Kamu perlu mengambil kira perasaannya juga. Kawal pengaruhmu dengan berfikir, “Apa yang akan saya lukan jika diperlakukan begitu?”. Hubungan cinta kamu akan terus mekar jika kamu yakin terhadap pasanganmu, samalah seperti kamu yakin terhadap diri sendiri.

 

Kebanyakannya B – Saling Berkongsi Kuasa

Hubunganmu mempunyai imbangan kuasa membahagiakan. Kamu bekerjasama sebagai satu kumpulan, hebat! Ia boleh menjadi sangat sukar, tapi secara umumnya asas hubungan cinta yang baik adalah kerja keras. Kejayaan kamu bergantung kepada rasa hormat – kamu tahu kamu tak perlu minta kebenaran si dia, tapi kamu sering memeriksa aktiviti si dia tanpa pengetahuannya. Andaian pertama kamu jika dia pulang lewat ke rumah selalunya berteraskan rasa risau, bukan paranoid. Kamu juga pandai membahagikan masa antara minatmu dan minatnya. Teruskan menyokong satu sama lain dan kamu akan mempunyai peluang yang cerah untuk membawa hubungan cintamu ke tahap yang lebih tinggi.

 

Kebanyakannya C – Dia ‘Takluki’ Segalanya

Dia sebut perhubungan kamu, ia seperti Sex and The City tak pernah berlaku. Memiliki pasangan yang bersikap dominan akan buat kamu rasa dirimu sedang diarah untuk membuat sesuatu, itu adalah satu bentuk pembulian. Kamu mungkin gembira si dia mengawal situasi buat masa ini, namun kamu perlu berhati-hati. Jika kamu sentiasa melaksanakan segala tuntutan si dia, atau sering berasa kamu perlu korbankan pendapat sendiri apabila bersamanya, kamu akan hilang kepercayaan terhadap pilihanmu. Dan jika kamu tak mampu nyatakan kehendakmu kepadanya, ini menunjukkan kamu tiada keyakinan dalam hubungan tersebut.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor