Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
sex quiz

Kuiz: Sehangat Mana Kamu Di Kamar?

Sebelum kamu mula menjawab soalan kuiz ini, pastikan kamu memilih jawapan yang jujur! Jangan cuba tipu diri kamu kerana kamu tahu apa yang kamu suka dan mahukan. Kebenarannya akan terjawab selepas ini. Have fun!

sex quiz

 

1. Posisi kegemaran kamu adalah:

a. The sensual spoon, supaya kamu boleh berpelukan serapat mungkin.
b. Cowgirl, baby! Saya nak tunjukkan kuasa.
c. Missionary pun okey saja bagi saya.
d. Gaya doggiefun dan sedikit liar.

 

2. Kamu mudah terangsang bila suami:

a. Berikan urutan lembut tanpa diminta.
b. Baring dan biarkan saya saja ‘bekerja’.
c. Beri kucupan manja.
d. Sertai saya di dalam bilik mandi pada waktu pagi.

 

3. Tempat paling hangat untuk seks, selain di kamar tidur?

a. Ditemani bintang di langit dan udara segar.
b. Dapur.
c. Sofa.
d. Belakang kereta kalian.

 

4. Seks terakhir kamu bermula dengan:

a. Saya sedang mengusap rambutnya sewaktu menonton tv, dan kemudian kami saling bercumbuan.
b. Saya ‘terkam’ suami sebaik saja masuk rumah selepas hari yang panjang.
c. Kami masuk tidur dan si dia mulakan gerakan. Jadi seperti biasa…
d. Kami bergurau di dapur masa memasak dan akhirnya kami di lantai dan berasmara.

 

5. Cadar katil kamu jenis…

a. Selembut sutera.
b. Gelap dengan kiraan benang tinggi.
c. ‘Serapuh’ kain kapas.
d. Cerah dan selesa.

 

MARKAH

 

KEBANYAKANNYA A – PENGGODA SENSUAL
Kamu suka sentuhan lembut, cumbuan hangat dan urutan panjang. Kamu bukan jenis seks touch and go; segalanya tentang foreplay dan penuh berahi. Baguslah– tapi jangan pandang rendah kuasa quickie. Sekali-sekala kenalah cuba.

 

KEBANYAKANNYA B – DIVA DOMINASI
Kamu suka berkuasa di ranjang, dan tak kisah jika ada alatan seks. Tapi sekali-sekala biar pasanganmu main peranan. Mana tahu ada kejutan buatmu.

 

KEBANYAKANNYA C – SEKS SELAMAT
Mungkin kamu malu atau belum cuba apa yang boleh buat kamu turn on lagi. Ambil risiko dan cuba sesuatu yang baru – cuba posisi baru atau goda si dia pada waktu tak dijangka.

 

KEBANYAKANNYA D – MALU-MALU KUCING
Kamu seakan Angelina Jolie: impian setiap lelaki. Kamu layankan saja. Sweet and sexy memang cara kamu. Berhati-hati agar kamu tak terlalu bosan mengenai seks.

 

Foto: 123rf.com

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness