Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Kamu Terlalu Suka Berseronok?

Selidik sama ada kamu gadis yang hanya suka berseronok dan banyak agenda nakal dalam kepala atau wanita matang yang sentiasa bertanggungjawab atas perkara yang dilakukannya...

Foto: Shutterstock.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Si Gila Kerja

Kamu sanggup batalkan apa saja rancangan demi perkara yang lebih penting. Baguslah kerana kamu dahulukan kerjaya, tapi pastikan tiada orang ambil kesempatan di atas kebaikanmu. Ingat: Kamu juga layak berseronok! Setkan masa seminggu sekali untuk keluar minum atau makan malam bersama teman-teman. Hidup kamu akan terasa lebih ceria dan seronok bila bergaul dengan orang sekeliling.

 

Kebanyakannya BSelf-Controlla

Kamu bersemangat tinggi dan sentiasa berpada-pada bila melakukan sesuatu. Kamu sanggup korbankan keseronokan untuk beri komitmen kepada perkara penting seperti hadiri kelas senaman atau kerja pada hujung minggu. Keseimbangan adalah kuncinya, tapi cuba ‘ringankan’ jadualmu dan curi masa untuk relaks. Kamu mungkin akan rasa lebih gembira daripada sebelumnya.

 

Kebanyakannya C – Gadis Parti

Kamu sentiasa ‘on’ untuk segala perkara – daripada mencuba skydiving hinggalah kepada perkara-perkara negatif seperti ponteng kerja. Pastikan kelakuan kamu ini tidak merosakkan masa depan…atau buat kamu dibuang kerja! Cuba hentikan ‘kegilaan’ ini dan luangkan hari Ahad kamu dengan berehat di rumah. Your body and mind will thank you.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor