Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Kamu Terlalu Memilih?

Cuba kuiz ini untuk ketahui kamu jenis memilih dalam mencari teman lelaki atau sebaliknya.

1. Adakah kamu okey dengan cadangan blind date bersama lelaki tak dikenali?

a) Ya, kamu tak rugi apa pun. Manalah tahu dia lelaki yang hebat!

b) Mungkin…kalau saya boleh periksa akaun media sosialnya dulu.

c) No. No, no, no. Bagaimana kalau dia sebenarnya psycho? Or worse, lebih pendek daripada saya?

 

2. Bila bercakap mengenai cinta, adakah kamu percaya yang ‘usia hanyalah angka’?

a) Yes, totally. Dalam bab cinta, kematangan tidak datang seiring dengan usia.

2) Bergantung, kenalah kenal lelaki itu dulu sebelum buat apa-apa judgement. Kecuali jika umurnya 17 atau 60, helo! Taknaklah…

c) Tak percaya langsung. Biar betul, takkan nak bercinta dengan jejaka dua tahun lebih muda?

 

3. Adakah kamu mempunyai senarai jejaka idaman?

a) Nope. Seorang jejaka takkan boleh miliki semua ciri-ciri yang kamu mahukan. Kamu mencari lelaki sebenar – flaws and all.

b) Ya, tapi dia hanya wujud dalam mimpi. Tak salah berangan yang Prince Charming itu wujud…

c) Mestilah. Si dia harus punyai kriteria yang kamu senaraikan. Kamu takkan terima mana-mana lelaki yang tak penuhi senarai tersebut.

 

4. Adakah kamu mahukan perhubungan seperti dalam kebanyakan filem?

a) Tidak, filem bukanlah realiti. Ia kebenaran dalam versi glamor. Dan kehidupan kamu jauh lebih baik daripada filem, jadi terima kasih sajalah.

b) Apa salahnya!

c) Ya. Kamu perlu cari satu ‘Rangga’ untuk dirimu.

 

5. Benar atau tidak: Rakan-rakan mengatakan kamu terlalu memilih.

a) Tidak, malah kadangkala mereka minta kamu supaya menjadi lebih memilih. Sorry not sorry.

b) Tak juga, kami tak pernah bincangkan topik ini pun.

c) Selalu sangat! Mereka sering nasihatkan kamu untuk lower your standards, bla bla… Sampai kamu pun naik rimas.

 

 

MARKAH:

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya A – Langsung Tak Kisah

Kamu sememangnya bukan seorang yang memilih – which might be a problem. Kamu terbuka untuk berjanji temu dengan mana-mana lelaki, tapi fikir kembali, adakah kamu sanggup terima sesiapa saja untuk dijadikan teman hidup? Tak salah pun jika kamu miliki ciri-ciri lelaki idaman – contohnya bijak atau kacak (pada pandangan mata kamu) – asalkan kamu tidak melebihi batasan.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B – Berpada-pada

Kamu mempunyai standard sendiri tapi ia tidak ‘mengawal’ kamu. Ya, kamu teruja jika dapat berkenalan dengan jejaka yang mempunyai minat dan nilai-nilai yang sama dengan dirimu, tapi ini tidak bermakna kamu ‘cantas’ semua jejaka berpotensi di luar sana hanya kerana mereka tak penuhi kriteria idamanmu. Kamu masih seorang gadis yang mempunyai angan-angan tapi kamu biarkan impianmu melayang hingga lupa diri.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya C – Terlalu Memilih

Girl, you are too choosy. Disebabkan ciri-ciri sempurna yang kamu mahukan, kamu telah reject ramai jejaka hebat kerana tidak memenuhi kriteriamu. Maaflah jika ini buat kamu merana, tapi hakikatnya lelaki sempurna tak wujud pun. Sama seperti kamu, lelaki juga ada kelemahan – dan inilah yang mendefinisikan dirimu. And that in itself is beautiful.

 

Foto: Nick Onken

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor