Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Kamu Mudah Tergugat?

Kenali personalitimu dengan kuiz ini!

1. Bila berjalan masuk ke kelab malam, kamu terfikir:

a) “Hmm, semua orang nampak biasa je. I’m like, the best looking chick here!”

b) “Susahnya nak bernafas dalam dress ketat ni, tapi demi malam ni saya sanggup!”

c) “Kenapa semua orang nampak hot? Saya tak sesuai berada di sini…”

 

2. Kamu terserempak dengan bekas teman lelaki dan kekasih barunya. Jadi kamu:

a) Mulakan perbualan dengannya, bercerita mengenai jenaka lama kalian, bermain mata sekali-sekala dan pastikan kekasihnya perasan yang kamu hot!

b) Katakan ‘hai’ dan berpura-pura yang kamu terpaksa beredar. Tak ada gunanya borak panjang lebar.

c) Merenung ke arah mereka, speechless, sambil menahan air mata. Mood kamu terus jadi tak baik selepas melihat kekasih barunya lebih cantik, seksi dan bergaya daripadamu.

 

3. Jika kamu ada peluang untuk ubah penampilan, kamu:

a) Takkan ubah apa-apa! Ramai orang cemburu dengan susuk dan bentuk wajahmu yang simetri.

b) Takkan ubah apa-apa, tapi mungkin kening lebih tebal…? Kamu sudah puas hati dengan penampilanmu sekarang.

c) Mahu dapatkan wajah baru dan turunkan 10kg berat badan. Mungkin jika dapat wajah seperti Neelofa dan tubuh seperti Kilafairy, baru kamu akan puas hati.

 

4. Salah seorang teman mengatakan BFF kamu marah denganmu. Jadi kamu:

a) Berdepan dengannya di depan semua orang. Tak ada siapa boleh cakap buruk mengenai kamu di belakangmu!

b) Terasa jengkel kerana dia tidak berterus-terang denganmu, tapi cuba pendam perasaan itu.

c) Habiskan masa selepas itu dengan berfikir apa kesalahan kamu, dan siapkan ucapan berjela-jela untuk minta maaf daripadanya.

 

5. Kamu sertai reunion sekolah menengah dua hari lalu dan foto-fotonya sudah pun dimuat naik ke laman sosial. Kamu:

a) Perasan yang semua orang nampak lebih elok di zaman sekolah dulu berbanding sekarang, kecuali kamu yang nampak fabulous sentiasa!

b) Ketap gigi bila tengok gambar-gambar tersebut (kerana kamu tampak buruk!) tapi tergelak mengenangkan saat gembira yang kalian kongsikan bersama.

c) Menghabiskan masa berjam-jam menghantar WhatsApp kepada teman-teman dan minta mereka delete gambar yang tidak menarik – walaupun sebenarnya wajah kamu dalam gambar tersebut nampak sipi saja.

 

MARKAH:

Jika jawapan kamu kebanyakannya A – Terlebih Yakin

Kamu yakin dengan diri sendiri dan menganggap kamu miliki pakej lengkap yang didambakan semua wanita. Great job, tapi berhati-hati kerana dengan mudah kamu boleh dianggap sombong, agresif dan berlagak hebat. Menurut pakar, sikap terlalu yakin boleh menunjukkan yang kamu sebenarnya sedang menutupi kekurangan diri. Keyakinan sejati sepatutnya mampu memberi inspirasi kepada orang lain, bukannya cenderung untuk membuli atau bersikap agresif.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B – Balanced Babe

Kamu gembira dengan kehidupanmu sekarang, kamu tahu cara untuk cintai tubuh sendiri, dan kamu sudah mahiri teknik pakar untuk pastikan penampilan sentiasa on point. Seperti orang lain, kamu juga ada kalanya kurang yakin namun kamu tak biarkan ia ‘memakan’ dirimu. Kamu mungkin tak sedar, tapi aura positif dan sikap inilah yang menyebabkan teman-teman menyukaimu. Keep spreading the self-love!

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya C – Selalu Tergugat

Nampaknya kamu perlu belajar cara untuk cintai diri sendiri! Merendah diri memang bagus, tapi kamu perlu mula menyayangi dan menghargai sisi terbaik dirimu. Cuba cadangan pakar psikologi ini: Senaraikan 10 ciri-ciri positif mengenai diri sendiri – jika tak mampu, minta bantuan teman-teman atau keluarga. Jauhkan diri daripada orang atau situasi yang membuatkan kamu rasa tergugat dan kelilingi dirimu dengan mereka yang sentiasa menyokong dan membawa kamu ke arah positif.

 

Foto: Nick Onken

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor