Kuiz: Kamu Jenis Syok Sendiri? - Page 5 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Kamu Jenis Syok Sendiri?

Kuiz: Kamu Jenis Syok Sendiri?

Cuba kuiz ini untuk tahu sama ada kamu bertepuk sebelah tangan atau sebaliknya.

Foto: Shutterstock.com

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Perasan Lebih

Slow down, lady! Kamu selalu tersalah tafsir isyarat yang diberi jejaka. Bila pelayan di kafe beri kamu nombor telefonnya, dia mengharap kamu hubunginya, bukan menunggu sampai tiga jam! Jangan ambil risiko hingga sabotaj peluang sendiri. Jika kamu buka mata dan lihat dari sudut berbeza, kamu akan nampak dengan lebih jelas. Bayangkan jika teman baik berada di tempatmu. Apakah nasihat yang akan kamu beri kepadanya? Berlagak tenang akan bantu bina momentum dalam perhubungan.

Kebanyakannya B – Ibarat ‘Man Wishperer’

Bukan saja kamu bijak teka bila waktunya si dia sedang memikat kamu, malah kamu tahu masa tepat untuk buat dia lebih tergilakanmu dengan taktik jual mahal. Keyakinan dan keupayaan kamu mentafsir isyarat jejaka meletakkan kamu dalam posisi untuk menjalin ikatan dengan jejaka hebat. Apa langkah yang perlu kamu ambil bila tahu dia menaruh hati padamu? Cuba baca bahasa tubuhnya dan berikan eye contact untuk kuatkan ikatan antara kalian.

Kebanyakannya C – Celik Tapi Buta

Jika kamu hubungi si dia hanya seminggu sekali, dan kalian berjanji temu sebulan sekali, mungkin kamu sebenarnya tak faham langsung apa yang dia mahukan. Jika kamu tak luang masa bergembira dengan si dia, sudah tentu dia takkan ambil serius tentang perhubungan kalian. Jika kamu masih single, jangan biarkan hal ini merosakkan peluang kamu untuk menjalin hubungan. Bila nampak jejaka kacak, berikan senyuman manis. Tak salah cuba nasib, kan?

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor