Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Kamu Jenis Kawan Yang Bagaimana?

Cuba kuiz ini untuk ketahui sama ada kamu jenis kawan sejati atau pentingkan diri sendiri saja. 

Foto: Shutterstock.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Pentingkan Diri Sendiri

Jika sesiapa cari pasal dengan kamu, habislah… Tak salah lindungi diri sendiri, tapi sebaiknya pertimbangkan dulu erti persahabatan sebelum suka-suka singkir teman dari hidupmu. Semua orang pernah buat silap (termasuk kamu!). Beri peluang kedua – pasti ramai yang akan cop kamu sebagai ‘BFF paling berbaloi untuk dimiliki’.

 

Kebanyakannya B – Conditional Company

Kamu sanggup buat tak kisah dengan perkara yang melukaimu dalam persahabatan, namun sukar untuk kamu lupakannya. Nasihat Cosmo: Selesaikan perkara utama yang masih mengganggu fikiranmu. Lupakan mentaliti ‘hutang darah perlu dibayar darah’ dan kurangkan merungut. Cosmo yakin kamu akan mampu tukar persahabatan yang membebankan kepada #blessings.

 

Kebanyakannya C – Kawan Sejati

Kamu sentiasa menjadi tulang belakang teman-teman dalam apa hal sekalipun, walaupun ia memberi risiko kepadamu. Kesetiaan begitu sangat hebat, tapi kamu juga perlu tahu masa yang tepat untuk singkir persahabatan toksik – atau persahabatan yang sudah tidak memberi makna. Percayalah, moving on akan memberi kamu lebih tenaga untuk dicurahkan kepada persahabatan baru.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor