Kuiz: Kamu Fearless Dengan Jejaka? - Page 6 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Kamu Fearless Dengan Jejaka?

Kuiz: Kamu Fearless Dengan Jejaka?

Kamu rasa 'cukup jantan' dengan si dia? Let’s find out…

Foto: Shutterstock.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA MARKAH KAMU…

Kebanyakannya A – Amboi, Beraninya!

Ada beza antara berkeyakinan dan being so forward, hingga menakutkan. Dan tindakan seperti sanggup serah diri selepas janji temu pertama dan menukar status Facebook sebelum dia sendiri tahu agak melampau. “Bila terlalu suggestive, si dia akan rasa terpaksa dan terus tak berminat,” kata pakar janji temu, David Qygant. Sebaliknya, gunakan cara menggoda lebih halus – seperti menarik perhatiannya dan senyum atau memegang lembut lengannya.

Kebanyakannya B – Nak Lagi dan Lagi

Kamu seakan madu pada lebah – jejaka tak boleh nak tolak kamu. Sebabnya? Kamu tak terlalu serah diri. “Kamu buat mereka tertanya-tanya hingga si dia nak kenalimu lebih rapat,” kata Diana Ivy, penulis bersama GenderSpeak: Personal Effectiveness in Gender Communication. Juga, kamu memang berbakat dalam bidang bercanda  dari segi verbal (dengan maklum balas malu-malu kucing untuk janji temu last minute) dan fizikal (seperti cumbuan selamat malam).

Kebanyakannya C – Jual Mahalnya!

Kamu ingat si dia teruja bila kamu buat sombong? Sebenarnya, petanda kamu berikan langsung tak kelihatan (seperti duduk satu kawasan dengannya di parti) buatkan prospek hubungan kalian tak cerah. “Lelaki tak bijak nak leraikan klu, jadi mereka akan anggap kamu tak berminat,” kata Ivy. Step it up: Bayangkan satu watak filem dengan nama gempak seperti Mila Kunis dalam Black Swan dan tanya dirimu, apa yang dia akan lakukan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor