Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Kamu Bijak Buat Keputusan?

Kuiz: Kamu Bijak Buat Keputusan?

Uji sama ada kamu mempunyai kelebihan dalam membuat sesuatu keputusan atau sebaliknya.

Kuiz: Kamu Bijak Buat Keputusan?

Foto: Nick Onken

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

Kebanyakannya A – Hanya Ikut Naluri

Kamu tak pernah berfikir dua kali sebelum buat keputusan. Memanglah tak salah, tapi ada baiknya kamu tidak terlalu bergantung kepada kata hati. Sebelum buat apa-apa keputusan yang besar, ambil masa untuk fikir masak-masak dan lihat dari segala sudut. Walaupun kamu yakin kamu mampu jadi bos di sebuah syarikat besar, jangan berani lepaskan kerja kamu sekarang sehinggalah kamu terima surat tawaran!

 

Kebanyakannya B – Sentiasa Berwaspada

Tahniah! Kamu jenis yang sentiasa berjaga-jaga dan berpada-pada bila membuat pilihan, sebab itulah kamu jarang ‘tersangkut’ dalam apa-apa situasi rumit. Namun lebih baik jika kamu mampu tepis fikiran negatif dan gantikan dengan sesuatu yang positif. Contohnya bila malas nak bersenam, katakan pada diri sendiri, “Saya rasa tak larat, tapi kalau bersenam, pasti lepas tu saya akan rasa lebih hebat.”

 

Kebanyakannya C – Penuh Rasa Curiga

Ya, kita selalu akan fikirkan tentang risiko dan keuntungan sebelum buat apa-apa keputusan, tapi nampaknya kamu overanalyze…and get paralyzed. Cuba fikir betul-betul: Salahkah terima minuman percuma daripada sekumpulan jejaka kacak? Jangan terlalu syak wasangka. Bila kamu berhenti berfikir terlalu banyak, kamu akan jadi lebih tenang, gembira dan mampu hadapi situasi mendatang dengan lebih matang.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor