Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Berjayakah Kamu Di Janji Temu Pertama?

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Gadis Pemalu

Apa dia? Maaf, Cosmo tak dapat dengar suara kamu sebab bunyi kipas terlalu kuat! Hmm, sama ada kamu memang secara semula jadi pemalu, atau kamu cemas sebab ia adalah janji temu pertama kamu dengan si dia. Baik kamu berpada-pada kerana dia mungkin tersalah anggap dan ‘membaca’ sifat pemalu kamu itu sebagai sesuatu yang membosankan. Dia akan fikir yang kamu tidak berusaha, kerana kamu tak tunjukkan kamu sedang berseronok ketika kalian keluar bersama. Jadi fikirkan beberapa idea pencetus suasana. Contohnya, lakukan usikan nakal dengan menggesel lengan si dia ketika kamu mahu mencapai air, kononnya tak sengaja. Apabila kamu rasa seronok, dia juga akan dapat rasakannya dan pasti akan turut rasa gembira keluar berjanji temu denganmu.

 

Kebanyakannya B – Juara Janji Temu

Telefonmu tak henti-henti berdering? Wah! Itu tandanya kamu menang besar! Kamu memang tahu yang janji temu adalah masa untuk berseronok dan mengenali diri si dia, dan kamu sahut cabaran itu untuk membuat dirinya tertarik kepadamu. Disebabkan kamu mendengar sebanyak mana kamu bercakap, dia berasa yang kamu seorang yang menarik dan dapat ‘baca’ yang kamu juga tertarik kepadanya. Teruskan saja sikapmu yang sukakan keseronokan itu dan kalendermu bakal ‘ditempah’ untuk janji temu kedua, ketiga dan seterusnya.

 

Kebanyakannya C – Godaan Melampau

Kamu membawa ‘pancing’ besar ketika janji temu pertama, namun akhirnya terkail kaki sendiri! Kamu rasakan yang kamu tak punya banyak masa untuk tawan hatinya, jadi kamu pun mula bersikap berlebih-lebih untuk tunjukkan yang kamu jenis wanita manja. Bila kamu terlalu mencuba untuk hiburkan hatinya, si dia akan mula berasa rimas dan meluat. Dan bila berfikir mengenai masa depan, dia akan menyangka yang kamu hanya akan mengongkongnya jika kalian ada jodoh nanti. Tak pasal-pasal kamu diberi giliran ‘queen control’ pula. Jadi tutup mulut kamu dan beri perhatian, Dengan itu kamu lebih bepeluang mengenal hatinya dengan lebih mendalam.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor