Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Berjayakah Kamu Di Janji Temu Pertama?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Pertemuan pertama bakal jadi penentu sama ada kamu berjaya pancing hatinya atau tidak. Jom tinjau kehebatan kamu!

Foto: Shutterstock.com

 

1.Seorang lelaki kacak yang baru kamu temui menelefon dan bertanya apa yang ingin kamu lakukan untuk janji temu pertama. Kamu cadangkan:

a) Apa saja yang ingin dia lakukan – kamu memang mudah untuk dihiburkan!

b) Agar dia mengajar kamu taktik baru bermain pool memandangkan dia ketagih permainan Billard.

c) Sepuluh idea hebat! Salah satunya menjadi pasangan sehati sejiwa.

 

2. Dia merancang satu malam untuk bermain boling, diikuti makan malam serta melepak di lokasi yang sering dikunjunginya. Kamu memakai:

a) Kemeja flannel selesa dipadan dengan seluar kargo kegemaranmu.

b) Sweater lembut, skinny jeans, dan paling penting kasut but paling chic.

c) Skirt pensel yang yang berbelah, dan baju menggoda berpotongan pendek. Mengancam!

 

3. Selepas sesi perkenalan dan beberapa minit bergurau senda, perbualan menjadi semakin kurang rancak. Kamu:

a) Berdoa dia akan cakap sesuatu dan minta diri ke tandas jika dia masih lagi berdiam diri.

b) Dekatkan diri kepadanya dan tanya, “Jadi, apa yang membuatkan you memilih untuk jadi akauntan?” (jika si dia bekerja di bahagian perakaunan)

c) Beritahunya betapa kamu sangat sukakan pantai dan mengajaknya ke sana jika berminat.

 

4. Dia membuat lawak jenaka paling membosankan kamu pernah dengar. Apa kamu lakukan?

a) Cepat-cepat tukar subjek: “Hmm, bila agaknya makanan nak sampai ni?”

b) Gelak besar! Teruknya jenaka si dia. Kemudian kamu pula buat lawak supaya dia lagi ‘pecah perut’.

c) Ketawa berdekah-dekah untuk tak calarkan egonya.

 

5. Sementara menunggu pencuci mulut, kamu mungkin sedang berfikir tentang:

a) Betapa kamu mahu dia menghubungimu esok – kamu juga dah tetapkan ringtone khas untuknya.

b) Cita rasanya dalam muzik atau filem – ia boleh mengupas begitu banyak tentang diri seorang lelaki.

c) Betapa cemburunya teman-temanmu bila mereka jumpa teman janji temu kamu ini nanti.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor