Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Benarkah Dia Teman Sejati Kamu?

Kamu punyai teman sejati yang sentiasa ada di sini. Tapi betulkah dia teman yang setia atau sebenarnya ‘musuh dalam selimut’? Jom kenalinya sekarang.

 

1. Jika kamu dan temanmu bertemu jejaka yang kalian minati, apa dia lakukan selepas tahu kamu menyukai jejaka tersebut?

a) Mengatakan, “Betul ke ni? Hmm, I rasa dia langsung tak macam lelaki idaman you!”

b) Dekati si dia tetapi bersedia untuk undur diri jika dengan jelas jejaka itu lebih minat terhadap kamu berbanding dirinya.

c) Cadangkan kamu pergi dekatinya dan tawarkan diri untuk temani kamu.

 

2. Bila dia batalkan rancangan untuk keluar denganmu hanya kerana ingin luangkan masa bersama teman lelakinya, kamu rasa:

a) Terluka tapi tak terkejut pun. Dah banyak kali dia buat begitu sebelum ini.

b) Kecewa dan mulai perasan yang hubungan kalian semakin renggang.

c) Terkejut. Dia selalu berjanji nak utaman kawan-kawan.

 

3. Kamu baru saja dapat idea hebat untuk menulis blog. Bagaimana reaksi dia bila kamu beritahunya?

a) Kamu memang tak selalu kongsi perkara begitu dengannya kerana dia selalu kritik idea kamu.

b) Teruja, dan dia kemukakan beberapa kemungkinan masalah yang kamu sendiri tak dapat fikir pun.

c) Dia menyokong 100 peratus dan tawarkan bantuan, dan langsung tiada persoalan dibangkitkan.

 

4. Bila ada salah faham berlaku antara kalian, bagaimana ia diselesaikan?

a) Kamu terpaksa mengalah – itu lebih mudah kerana dia memang takkan lakukannya.

b) Salah faham? Kamu kawan yang baik, semua itu tak pernah berlaku.

c) Kalian luahkan apa yang terbuku di hati kemudian lupakan segalanya.

 

5. Apa peranan yang dia biasa ambil bila kalian di tempat awam?

a) Pelawak kepada sikap serius kamu. Dia suka usik kamu untuk cetus ketawa, tapi semuanya lawak yang baik-baik saja.

b) Teman sekepala. Memang jelas kalian bukan sekadar kembar siam, tetapi tetap saling melindungi.

c) Peminat nombor satu. Dia sanggup berada di sisi dan biar kamu saja jadi topik perbualan.

 

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Musuh Dalam Diam

Kamu yakin teman baikmu takkan menikam kamu dari belakang, buat guess what? Dia sebenarnya dah banyak kali lakukannya, setiap kali kamu berinya peluang untuk ‘pijak kepala’ kamu. Kamu mungkin fikir kamu boleh jadi seorang yang matang dengan tidak naik angin atau merajuk ketika dia batalkan rancangan percutian kalian atau gelakkan kamu di depan orang ramai – tapi ia sebenarnya buat persahabatan jadi tak seimbang, malah niat mahu balas dendam juga terbina. Berhenti akur dengan segala kemahuannya dan mula bersikap tegas. Jika dia teman yang baik, dia akan menghargai diri baru kamu yang lebih tegas dan berpendirian.

Kebanyakannya B – Bagai Adik-beradik

Kamu dan dia sememangnya saling serasi! Kalian punyai dinamik sokongan yang saling memuji antara satu sama lain. Walau kadangkala keadaan antara kalian jadi tegang – kamu dan teman baik berebut lelaki yang sama – kamu tak pernah membuli satu sama lain atau hanya pentingkan ego masing-masing, yang mana ia membuatkan persahaatan kalian kekal kukuh hari demi hari.

Kebanyakannya C – Teman Terlalu Setia

Kamu gelarnya teman baik, tapi tolonglah… Kamu perasan tak bahawa semua perkara sebenarnya kamu ambil mudah saja? Ketika kamu fikir betapa bagusnya hidupmu kerana ada teman yang sentiasa ceria, ia tetap akan lukakan hatimu akhirnya kerana dia langsung tak pernah benarkan kamu tahu apa sebenarnya yang ada dalam fikirannya. Anggap saja sama ada kamu jadi terlalu bossy dan suka mengkritik, sehingga menghalang dia daripada lantang berkata-kata atau luahkan perasaan. Sepatutnya teman baikmu itu sama tahapnya dengan kamu, bukan jadi orang bawahan kamu.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor