Kuiz: Apa Tahap Keyakinan Kamu? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Tahap Keyakinan Kamu?

Ketahui sama ada kamu gadis berani atau pengecut tak bertempat.

1. Teman kamu tak jadi sertai kelas tinju di saat-saat akhir. Kamu:

a) Enggan pergi seorang diri dan reka alasan ‘paling baik’ untuk beritahu jurulatih minggu depan.

b) Pergi namun cari sudut paling ceruk supaya tiada siapa dapat melihatmu.

c) Berlari menuju ke gim dengan gloves di leher ala Rocky-style, kemudian cabar seseorang untuk burpee contest.

 

2. Dalam mesyuarat di tempat kerja, kamu biasanya:

a) Berada di antara dinding dan water cooler. Kalau tak bergerak, tak ada siapa perasan kamu di situ.

b) Diam-diam edarkan petisyen untuk dapatkan mesin latte bagi kegunaan pejabat.

c) Duduk di kepala meja, bersedia untuk menjawab soalan tak dijangka.

 

3. Kamu hanya akan pose untuk gambar bila:

a) Kamu boleh kawal pencahayaan, filter, dan Facetune. Otherwise, nope.

b) Teman kamu terlebih gembira dengan kehidupannya hari itu dan perlukan photo buddy. Gotchu, girl.

c) Kamu ternampak lensa kamera menghala ke arah kamu. Ini peluang kamu untuk tunjukkan bakat!

 

4. Kamu sedang dalam road trip dan telefon ‘DJ’ yang dilantik tiba-tiba mati. Kamu:

a) Katakan bateri telefon kamu pun hampir ‘kong’, jadi tak ada siapa tahu library kamu dipenuhi lagu Nickelback.

b) Tawarkan akaun Spotify kamu dan kredit abang kamu kerana menghantar lagu-lagu bangerz.

c) Ambil aux cord, tekan Shuffle, dan beri amaran jika ada sesiapa berani skip lagu.

 

5. Kamu dapati bekas rakan sekelasmu menjadi bigot di Facebook. Any comment?

a) Nah, kamu tak mahu sebarang perbalahan. You’ll just unfollow her.

b) Kali ini, ya. Dia memang selalu prejudis, dan kamu tertunggu-tunggu peluang paling baik untuk bidas balik.

c) Sudah tentu! Kamu hantarkan link laman web motivasi kamu kepadanya.

 

JIKA JAWAPAN KAMU…

 Kebanyakannya A – Kurang Yakin

Bukan semua orang mempunyai keyakinan secara semula jadi, and that’s okay. Kesanggupan kamu untuk berjalan seiringan secara berkumpulan menunjukkan kamu team player yang baik. Tapi hanya kerana orang lain tak buat sesuatu perkara, tak bermakna kamu juga patut elakkannya. Cuba lakukan lebih banyak perkara yang kamu tak pasti dan kamu mungkin akan berubah menjadi total boss.

 

Kebanyakannya B – Dahulukan Orang Lain

Kamu ada keberanian,tapi jarang gunakannya untuk diri sendiri. Sebaliknya, kamu tonjolkan kelebihan yang dimiliki untuk memberi manfaat kepada teman-teman. Memang bagus apa yang kamu buat, tapi kamu boleh dianggap korban jika pergunakan diri untuk kebaikan orang lain semata-mata. Next time you have the spotlight, steal a little shine.

 

Kebanyakannya C – Off The Charts

Way to own it – kamu adalah peminat diri sendiri. Cuma pastikan can-do’tude kamu itu tidak mendatangkan masalah atau memudaratkan. Berlagak bagus (kalau kamu betul-betul bagus) tak salah asalkan kamu sentiasa akui kesilapan yang dilakukan. Kadangkala tunjukkan yang kamu vulnerable, barulah kamu akan dapat penghormatan tertinggi daripada orang sekeliling.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor