Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
duit

Kuiz: Apa Tabiat Berbelanja Kamu?

Bijak atau tidak jika kamu uruskan kewangan? Ketahuinya sekarang.

 

1. Adakah kamu wanita berkerjaya?

a) Ya, saya kerja lebih 15 jam dalam seminggu.

b) Belum, kerana tak ada pekerjaan serasi lagi.

c) 1-12 jam dalam seminggu.

 

2. Siapa yang membayar kad kredit kamu selepas kamu swipe?

a) Maaf, saya tak ada kad kredit.

b) Mestilah ayah saya kerana dia seorang yang baik hati.

c) Sendiri belanja, sendiri bayar hutang.

 

3. Sebelum ke pejabat, selalunya kamu akan…

a) Buat kopi dan letak dalam tumbler. Sambil drive boleh minum.

b) Setiap pagi saya akan singgah di kedai kopi berhampiran untuk minum pagi.

c) Saya akan duduk di kafe untuk bersarapan.

 

4. Saat dapat gaji, kamu akan..

a) Setiap bulan saya akan asingkan simpanan.

b) Segera ke mall kerana tas tangan Dior yang kamu mahu sedang menunggu.

c) Simpan sebahagian untuk masa akan datang dan selebihnya belanja.

 

5. Kamu baru saja belanja besar, perasaan kamu?

a) Saya sudah lama simpan duit. Tak salah berbelanja.

b) Rasa bersalah, kamu tak perlukan tas tangan Gucci baru.

c) Tanya pada diri sendiri, “Saya perlukan semua ini atau tidak?”

 

MARKAH

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya A – Kamu berusaha keras untuk dapatkan duit

Kamu punya kemampuan besar dan akan berusaha lawan godaan dalam membeli atau berbelanja boros. It’s good for you ladies! Kamu mempunyai strategi dalam menabung. Tapi jangan takut untuk reward diri kamu kerana kamu layak setelah penat bekerja.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B – Duit saya, masalah saya

Jangan boros dalam perbelanjaan! Kamu kena kawal perbelanjaan supaya ada simpanan akan datang. Jangan pula bila nampak sale, kamu borong satu shopping mall. Tolong berhenti harap orang tua bayar hutang kad kredit. Berusahalah sendiri.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya CBills, bills, bills

Kamu tahu kawal perbelanjaan tapi tak pandai kawal nafsu membeli. Jika kamu suka tas tangan kamu akan beli saat itu juga. Okey, jika kamu ada masalah begini, duduk sebentar dan fikir. Ambil masa sebanyak mana kamu mahu untuk berfikir. Jangan terburu-buru.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor