Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Super-power Kamu?

Kamu tangkas dan bersemangat tinggi seperti Katniss Everdeen dalam The Hunger Games? Cuba kuiz ini untuk ketahui super-power kamu.

 

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Bercita-cita Tinggi

Sikap kamu yang tak ambil kisah kata-kata orang sekeliling membawa kepada kejayaan. Semangat tak pernah goyah dalam diri kamu juga menunjukkan kamu pesaing yang kuat. Tiada apa yang mampu memghalang kamu daripada mencapai kejayaan. Cara terbaik untuk tonjolkan kuasamu? Gandakan usaha untuk matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Pasti kamu akan sampai ke puncak kejayaan dalam sekelip mata.

Kebanyakannya B – Kelakar

Kamu sanggup lakukan apa saja untuk buat orang ketawa, dan keupayaan kamu untuk menceriakan mood orang sekeliling lahir daripada jiwa kamu yang sentiasa positif. Gunakan kelebihan ini untuk capai yang terbaik dalam perhubungan, persahabatan mahupun kerjaya. Your hilarity is irreplaceable – dan itu sesuatu yang istimewa.

Kebanyakannya C – Baik Hati

Kamu suka hulurkan bantuan. Dan bila kamu selesai membantu keluarga dan teman-teman, kamu pasti akan buat kerja-kerja sukarela. Sifat penyayang yang dimiliki menjadikan kamu seorang yang boleh diharap. Bila kamu luangkan masa pada perkara-perkara yang menjadikan dunia ini lebih baik, ia akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk berbuat kebaikan. Jadi teruskan usaha!

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor