Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kuiz: Apa Strategi Dating Kamu?

Kuiz: Apa Strategi Dating Kamu?

Apa strategi yang kamu gunakan untuk menawan si dia? Antara senarai di bawah, mana satu yang paling tepat dengan diri kamu?

Foto: Nick Onken

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Fun First

What dating fatigue? Kamu baru saja nak bermula! Kamu terlalu suka bercanda, sebab itulah kamu tak terlalu serius dalam semua perkara atau perhubungan. Tapi pastikan niat kamu itu jelas, dan jangan lawan perasaan kamu jika cinta sudah mula berputik di hatimu.

 

Kebanyakannya B – All Business

Kamu berjanji temu seperti seorang pekerja; senaraikan mereka yang layak dan tetapkan matlamat. Komitmen seperti ini memang bagus, tapi jangan sampai pencarian kamu bertukar menjadi urusan jual beli hingga terpadam rasa cinta yang baru menyala. Dan jangan takut untuk jadi spontan, ia boleh hangatkan perhubungan kalian untuk jangka masa panjang.

 

Kebanyakannya C – Lambat Bertindak

Kamu dalam perjalanan menuju cinta abadi, tapi strategi kamu hanya akan buat kamu tersungkur! Peluang sudah muncul di depan mata, jadi apa yang kamu kena buat adalah bersikap lebih proaktif. Memanglah jodoh sudah ditakdirkan, tapi peluang untuk kamu miliki jejaka idaman akan jadi lebih cerah jika kamu tingkatkan usaha.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor