Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Personaliti Stress Kamu?

Kenal pasti cara kamu tangani masalah dalam kehidupan... Cool atau panas baran?

Foto: INGimage.com

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Gemuruh Melampau

Tak salah untuk rasa overwhelmed, tapi kamu kena tahu mana satu keutamaan dalam hidup. Cadangan Cosmo: Senaraikan perkara yang berlegar dalam fikiran kamu dan asingkannya sama ada ‘berbaloi atau ‘tidak berbaloi’ untuk ringankan beban minda. Contoh, membalas e-mel kerja yang penting sepatutnya diberi keutamaan daripada menjawab mesej teman kamu.

 

Kebanyakannya B – Silent But Stewing

Kamu mampu tangani stress dengan baik…tapi masalahnya, kamu tanggung bebanan tersebut seorang diri. Cosmo tabik kerana kamu tak mahu susahkan orang sekeliling, tapi memendam rasa boleh memakan diri sendiri. Meluahkan apa yang terbuku di hati kepada teman-teman adalah perkara normal. Amalkannya okey, ia boleh bantu halang kamu daripada ‘meletus’.

 

Kebanyakannya C – Terlalu Relaks

A carefree life memang menyeronokkan, tapi jangan sampai ia melukakan hati orang sekelilingmu. Tidak mengambil berat tentang kawan-kawan atau mengabaikan situasi penting seperti pembentangan di pejabat boleh membinasakan masa depanmu. Sudah tiba masanya kamu jadi prihatin dan bertanggungjawab untuk lebih berjaya dalam perhubungan mahupun kerjaya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor