Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Peranan Kamu Dalam Hidup Teman Lelaki?

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Ibu Prihatin

Tak salah jaga keperluan si dia, tapi jika kamu terlalu menguruskan atau sentiasa dahulukan kehendaknya, timbangkan semula cara kamu itu. Memainkan peranan sebagai ibu boleh jadi ‘melemaskan’ kerana kamu pegang tanggungjawab yang tak sepatutnya dipikul. Kamu mungkin akan tersinggung atau hilang azam jika terlalu mudah untuk memaafkan. Dahulukan keperluanmu – dia sepatutnya menghormati hak kamu untuk ambil berat tentang diri sendiri. Jika si dia beri reaksi negatif, perhubungan kamu mungkin hanya berdasarkan kepercayaan palsu.

 

Kebanyakannya B – Anak Manja

Kamu suka si dia menjadi ketua dan gembira bila dia ambil berat tentangmu. Kamu juga cenderung menjadi risau dan meragui kasih sayang si dia. Individu sebegini biasanya mempunyai pandangan positif terhadap pasangan tetapi memandang rendah pada diri sendiri dan sentiasa mahu diyakinkan oleh pasangan bahawa mereka disayangi. Cara perbaiki keyakinan diri? Sayangi diri kamu sedanya dan jangan selalu mengharap pasangan untuk menjadi penyelesai masalahmu. Mulakan dengan memberi fokus pada kelebihan diri dan hentikan pemikiran negatif terhadap diri sendiri.

 

Kebanyakannya C – Bos Pengkritik

Jika kamu gunakan cara disiplin seperti berleter dan mengkritik untuk dapatkan apa kamu mahu, nampaknya kamu lebih kepada pegawai parol si dia daripada buah hatinya. ‘Bos pengkritik’ biasanya mempunyai jangkaan tinggi tentang cara sesebuah perhubungan sepatutnya dibentuk dan apa tanggungjawab setiap individu. Penyelesaiannya? Jadilah realistik. Daripada mencabar si dia dalam semua hal remeh-temeh, lebih baik kamu belajar memilih perkara yang benar-benar mustahak.

 

Kebanyakannya D – Teman Baik

Memang tak pernah ada ‘perebutan kuasa’ antara kalian, malah kamu sering bertolak ansur dalam banyak hal dan suka lakukan setiap perkara bersama-sama. Tetapi jangan terlalu asyik dengan pasangan kamu sehingga hilang kewarasan diri. Walaupun kalian ibarat Romeo dan Juliet, kamu sewajarnya ada sahabat lain serta minat sendiri – barulah perhubungan kalian jadi lebih segar. Kemungkinan besar si dia takkan merajuk jika kamu batalkan janji temu untuk menonton wayang bersamanya kerana kamu nak sertai kelas tarian yang selama ini kamu idam-idamkan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor