Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Peranan Kamu Dalam Hidup Teman Lelaki?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu ibarat teman karib atau sekadar tukang cuci tanpa gaji untuk buah hati kamu tu? Ketahuinya peranan kamu sekarang juga…

1.Kamu dan si dia merancang untuk luangkan hujung minggu dengan bercuti. Jadi kamu:

a) Tanya sama ada dia ada idea, kemudian buat beberapa pilihan bersama.

b) Biar si dia buat perancangan, sementara kamu sibuk memilih pakaian dari almari.

c) Buat kejutan. Pilih sendiri satu destinasi menarik termasuk penginapan dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama di sana.

d) Tempah lokasi yang menawarkan aktiviti menyeronokkan buat si dia, juga pusat membeli-belah buat kamu.

 

2. Bila kalian ke majlis bersama-sama, kamu suka:

a) Biarkan si dia jadi tumpuan, dia memang ada saja jenaka untuk diceritakan.

b) Jadi sedikit gila-gila dan mula bertepuk tampar dengan rakan-rakanmu yang hadir di majlis itu.

c) Berjaga-jaga, manalah tahu dia terlebih melawak dan mula bercerita tentang jenaka kotor!

d) Luangkan masa berbual bersama rakan-rakan sambil sesekali menjeling manja kepada si dia.

 

3. Kehidupan cinta kalian:

a) Okey walaupun kadangkala kamu rasa dia hanya pentingkan kepuasan diri.

b) Memuaskan, si dia selalu berusaha untuk buat kamu seronok.

c) Menyeronokkan – kamu suka menjadi makhoda dan mencuba idea baru.

d) Membara – kamu tahu dan sering melakukan perkara yang si dia suka.

 

4. Si dia meluahkan rasa tak puas hati terhadap bosnya. Adakah kamu:

a) Dengar saja luahan hatinya kemudian tenangkannya dengan secawan kopi panas dan urutan di bahu?

b) Harap dia mampu lupakan segalanya cepat kerana dia hanya mengganggu kamu menonton rancangan Arrow?

c) Beri idea bernas dan praktikal yang kamu rasa mampu perbaiki keadaan?

d) Tunjukkan simpati dan katakan si dia layak mendapat kerja lebih baik?

 

5. Hadiah hari jadi yang kamu mahu berikan kepada si dia?

a) Sesuatu yang dia takkan beli walaupun suka seperti yuran kursus menyelam.

b) Hadiah yang boleh kalian nikmati bersama seperti pakej rawatan spa.

c) Hadiah yang praktikal seperti kasut atau alat pencukur elektrik.

d) Sesuatu yang kecil tapi bermakna.

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor