Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Pandangan Orang Lain Terhadap Kamu?

Teringin nak tahu apakah pandangan teman-teman mengenai diri kamu? Cuba kuiz ini.

1. Seorang teman tiba-tiba muncul di depan pintu rumah kamu. Perkara pertama kamu lakukan?

a) Tawarkannya secawan kopi.

b) Mintanya masuk dan lepak di ruang tamu.

c) Suruh teman balik dulu dan datang lain hari.

 

2. Cuba berdiri di hadapan cermin. Apa yang kamu nampak tentang postur badan kamu?

a) Punggung tak besar dan kepala tegak.

b) Postur badan sedikit bongkok dan kepala tertunduk.

c) Berdiri tegak dengan dua tangan bersilang di depan dada.
3. Pertama kali bertemu orang, perkara yang kamu lakukan adalah…

a) Saling menyapa dan berusaha ingat nama orang tersebut.

b) Menceritakan kejayaan dan prestasi terbaru kamu.

c) Agree to disagree walaupun kamu tahu fikiran kalian tak sependapat.

 

4. Ketika sedang bersenam, apakah solekan yang kamu kenakan?

a) Solekan tipis supaya wajah tampak segar.

b) Kamu wanita tipikal yang malas nak pakai mekap.

c) Mulai daripada bedak asas hingga gincu. Wajah kamu lengkap dengan solekan.

 

5. Berapa kerap kamu lakukan manicure?

a) Seminggu sekali siap dengan touch-up.

b) Beberapa kali dalam sebulan.

c) Setiap hari kamu tukar warna cat kuku.

 

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Disenangi Orang Sekeliling

Tahniah! Kamu tahu cara bawa diri dengan baik hingga ramai kagum dengan pendirian kamu. Kamu berperwatakan jujur, terbuka dan ceria. Ramai teman yang senang dengan keperibadimu. Teruskan sikap begini, pasti ramai lagi yang akan mendampingimu.

 

Kebanyakannya B – Selalu Nervous

Kamu suka cemas hingga buatkan kamu tak yakin bila berhadapan dengan teman-teman. Belajar untuk lebih yakin dengan bercakap di hadapan cermin. Cosmo tahu kamu boleh perbaiki diri menjadi lebih baik dan terbuka.

 

Kebanyakannya  C – Gadis Pendiam

Kamu sukar bermesra dengan orang sekeliling. Kamu ambil masa untuk berkongsi pendapat dan lebih rela mendiamkan diri. Kamu dilabel sebagai wanita pendiam. Untuk perbaikinya, cuba berbual kosong dengan teman di meja sebelah kamu di tempat kerja dan tanyakan apakah aktivitinya hujung minggu lalu.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor