Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Apa Gaya First Date Kamu?

Kamu jenis yang bagaimana - lantang berbual atau malu-malu kucing ketika first date dengan si dia? Jawab kuiz ini untuk ketahuinya...

Foto: Nick Onken

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Gadis Pemalu

Walaupun kamu jenis yakin dalam dunia realiti, tapi kamu bertukar menjadi pengecut bila terperangkap dalam suasana romantis. Rasa gemuruh adalah normal, tapi jangan sampai ia menutupi kehebatan kamu. Pilih lokasi janji temu yang boleh buat kamu rasa selesa, dan sebelum kalian berjumpa, buat ‘kajian’ mengenai topik menarik untuk dibualkan dengan si dia nanti.

 

Kebanyakannya B – Suka Menyindir

Kamu terlalu sarkastik dari awal perjumpaan lagi. Memanglah gurauan kasar boleh meleraikan situasi janggal, tapi jangan melebihi batas. Selitkan juga respons serius ketika berbual (dan pastikan dia tahu yang kamu bercakap jujur) supaya dia tak anggap yang kamu tak berminat!

 

Kebanyakannya C – Girl Boss

Kamu ibarat nakhoda ketika berjanji temu. Wanita berkuasa memang seksi, tapi elak pentingkan diri sendiri. Sewaktu bercerita tentang diri kamu, seimbangkan juga dinamik yang ada dengan bertanya soalan mengenai diri si dia. Jadi bolehlah kamu dapat sedikit sebanyak maklumat tentang bakal teman lelaki kamu itu…

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor