Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
putera idaman, prince charming

Kuiz: Adakah Si Dia Putera Idaman Kamu?

Ketahui sama ada kamu benar-benar jatuh cinta kepadanya atau tidak.

putera idaman, prince charming

1.Kekasih baru kamu memberitahu bahawa syarikatnya akan menganjurkan parti tahunan tidak lama lagi. Apa perkara pertama terlintas di fikiranmu?

a) “Kenapa dia beritahu aku semua ni?”

b) “Harapnya bukan minggu depan. Kalau tak habislah plan aku dengan BFF!”

c) “Dia jemput aku ke? Teringin nak jumpa rakan-rakan sepejabat dia tu.”

 

2. Pada janji temu kedua, kamu dan si dia pergi menghabiskan masa dengan makan malam dan bergurau senda sebelum pulang. Apa yang kamu beritahu teman-teman mengenai si dia pada keesokan harinya?

a) “Dia memang cool dan kacak – kecualinya dagunya yang sedikit kasar.”

b) “Dia pandai mengajuk gaya orang! Tak sangka dia kelakar.”

c) “Keluar lepak dengannya sama best macam keluar dan bergurau senda dengan you all tau.”

 

3. Buah hati kamu beri hint yang dia mahu melihat pameran kenderaan lebih kurang satu jam perjalanan dari rumahmu. Kamu:

a) Cadangkan agar dia pergi dengan teman-temannya saja. Tak mungkin kamu nak habiskan cuti hujung minggu di sana.

b) Berfikir-fikir makanan apa nak dibawa sebagai bekalan dalam perjalanan.

c) Terus layari internet dan cari lokasi restoran menarik di sana, bolehlah kalian explore kawasan tersebut.

 

4. Ketika keluar bersama si dia, ibu kamu menelefon… Dan kamu enggan menjawab panggilan kerana kalian ada salah faham. Bila si dia bertanya siapa menghubungimu, kamu katakan:

a) “Kenapa you nak tahu sangat ni?”

b) “Mak I, dia memang suka telefon 20 kali sehari. Nanti I call dia balik.”

c) “I dah beritahu you pasal krisis dengan my mum, kan? Lebih baik kita bercakap pasal lain saja.”

 

5. Apa teman-temanmu tahu mengenai hubungan cintamu?

a) Mereka dah cukup master sehingga dah boleh terbitkan novel mengenai percintaan kamu.

b) Bila kali pertama kamu keluar berjanji temu dengan si dia, serta perkara kelakar yang terjadi ketika itu.

c) Tak banyak, kamu hanya suka bercerita secara general saja.

 

JIKA JAWAPAN KAMU…

 

Kebanyakannya A – Kamu Tak Gilakannya

Jika kamu tak berapa sukakan si dia, kamu takkan ada peluang untuk kekalkan hubungan jangka panjang dengannya. Jadi cipta suasana menyeronokkan dan ‘gunakannya’ sebagai bantuan untuk kamu dekati jejaka idaman. Caranya? Senaraikan perkara yang buat kamu jatuh hati kepadanya dan apa yang buat kamu meluat. Kemudian cari ciri-ciri yang baik – dan elakkan yang buruk –  dalam mencari bakal putera idamanmu itu.

 

Kebanyakannya B – Masih Belum Pasti

Nampaknya seperti kamu sukakan si dia, tapi masih teragak-agak. Jadi perlukah kamu anggapnya sebagai putera idaman? Sikap kamu yang suka lakukan aktiviti bersama-sama akan menunjukkan yang kamu ada perasaan serius terhadapnya. Cara pastikan si dia jejaka tepat buatmu? Ajak dia bercuti bersama. Jika kamu rasa seronok atau hubungan kalian bertambah intim, jangan lepaskan dirinya.

 

Kebanyakannya C – Cinta Habis!

Nampaknya si dia memang benar-benar ada potensi untuk jadi soulmate kamu. Sedar atau tidak, kamu sebenarnya sudah banyak melabur dalam hubungan tersebut. Antaranya kamu rahsiakan butir terperinci mengenainya daripada temanmu, dan kamu tak kisah bercerita masalah dengan ibumu kepadanya. Bagaimana dengan si dia? Jika dia juga berkongsi cerita peribadi – contohnya kisah zaman kanak-kanaknya – bermakna dia juga sukakanmu.

 

Foto: Nick Onken

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor