Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Wanita Berdikari?

Ketahui sama ada kamu jenis yang tidak suka bergantung harap pada orang lain atau sebaliknya.

03d72766

 

1. Kamu berada di luar pejabat dan sekarang masanya untuk makan tengah hari. Kamu memilih untuk:

a) Drive-thru sajalah!

b) Makan di restoran kegemaran. Agak jauh tapi tak ada masalah.

c) Menghubungi teman baik kamu di pejabat dan ajaknya makan bersama.

 

2. Kereta kamu tiba-tiba buat hal ketika ingin ke tempat kerja. Kamu:

a) Belek buku panduan, manalah tahu ada cara penyelesaiannya.

b) Menghubungi teman yang tahu serba serbi-tentang kereta sambil menunggu bantuan tiba.

c) Menghubungi teman lelaki kamu, siapa lagi?

 

3. Rakan-rakan mengajak kamu menaiki kapal persiaran dan beritahu kini ada tawaran untuk harga tiket. Ini masanya untuk kamu:

a) Melihat baki akaun simpanan dulu. Cukup ke tidak?

b) Menggunakan kad kredit kamu. Bila lagi nak keluar berhibur bersama mereka?

c) Meminta izin buah hati terlebih dahulu. Penting!

 

4. Pernahkah kamu mencuba permainan paint ball?

a) Yup, selalu sangat.

b) Mestilah pernah.

c) Err, paint what?

 

5. Bagaimana tahap wang simpanan kamu di dalam bank?

a) Nampak okey untuk enam bulan akan datang.

b) Ada lebih tiga bulan gaji saya dalam akaun. Kira hebatlah tu!

c) Hmm, penting ke untuk buat simpanan dalam bank?

 

MARKAH

Jika jawapan kamu kebanyakannya A – Seriously…

Kamu miliki beberapa teman rapat? Menjadi wanita berdikari memang sesuatu yang cool, tapi tak salah jika kamu meminta bantuan daripada rakan-rakan atau teman lelaki lebih-lebih lagi pada saat kecemasan. Lagipun manusia dicipta untuk menjadi makhluk sosial. Kamu tidak akan dilabel ‘lembik’ hanya kerana meminta pertolongan.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B – Bijak Berdikari

Kamu tahu wanita berdikari adalah seorang yang berani mencuba dan melakukan segala perkara dengan sendirinya, namun kamu juga tidak segan untuk minta bantuan orang lain di saat kesusahan. Kamu faham yang wanita berdikari juga perlukan pertolongan daripada orang sekeliling. Good job, ladies!

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya C – Depend-what?

Moto kamu: Tak ada manusia yang sempurna, jadi mengapa malu untuk minta pertolongan? Masalahnya, kamu selalu sangat minta bantuan teman terdekat atau sesiapa saja yang kamu jumpa walaupun orang tak dikenali. Cubalah beranikan diri untuk selesaikan masalah sendiri… Pasti tahap keyakinanmu meningkat selepas ini.

 

Foto: INGimage

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor