Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Terlebih Berkongsi?

Jangan jadi ‘internet bergerak’ dan berkongsi semua perkara kepada orang lain ya!

 

32779165_m

1. Kamu ke kedai serbaneka untuk membeli tampon jam 3 pagi, dan juruwang lelaki memandang kamu dengan pandangan nakal sambil mengusik, “How’s it going?”. Apa respons kamu:
a) Berpura-pura tak dengar.
b) “Tak pernah rasa sehebat ini!” #Sarcasm
c) Tunjukkan pembentangan PowerPoint bagaimana kitaran haid berlaku secara terperinci, lengkap dengan efek bunyi dan funky clip art.

 

2. Moto hidup kamu adalah:
a) Silence is golden.
b) Bila nampak sesuatu, luahkan saja apa yang bermain di fikiranmu.
c) Dunia adalah pakar terapi kamu.

 

3. Twitter adalah tempat terbaik untuk:
a) Ignore. Kamu langsung tak ambil kisah dengan media sosial.
b) Follow pelawak yang kamu suka seperti Harith Iskander dan Amy Schumer.
c) Suarakan pendapat kamu tentang kebebasan beragama.

 

4. Kamu tiba lewat 20 minit ke pejabat dan bos bertanya apa yang berlaku. Kamu:
a) Tundukkan kepala dan minta maaf.
b) Salahkan kesesakan lalu lintas.
c) Jelaskan yang kamu bertengkar dengan kekasih (sekarang dah jadi ex) sebab dia habiskan sarapan kamu dalam perjalanan ke pejabat tadi dan ini jelas menunjukkan dia belum bersedia untuk jadi pasangan sejati!

 

5. Teman-temanmu tayang foto percutian mereka di telefon bimbit. Jadi kamu pun:
a) ‘Buat bodoh’. Kamu takkan sesekali ambil gambar dengan telefon bimbit. Tak ada apa yang selamat di Cloud! #Paranoid.
b) Tunjukkan gambar seksi kamu di pantai ditemani dua jejaka hot yang baru kamu kenali ketika bercuti.
c) Tayang gambar topless kekasih kamu sedang berendam dalam kolam mandi. Apa salahnya? Itu gambar terbaik yang kamu pernah ada!

 

MARKAH

Jika jawapan kamu kebanyakannya A – Terlalu Berahsia
Wah, kamu boleh jadi seorang yang hebat dengan sifat tak banyak cakap, tapi malangnya kamu bukanlah geng hebat di parti. Tak salah tetapkan sempadan bila bergaul, tapi bersikap terbuka juga sesuatu yang sihat dan patut kamu praktikkan. Cara terbaik untuk tunjukkan keintiman adalah dengan menunjukkan siapa dirimu yang sebenar– tak kira sama ada tentang kebaikan mahupun keburukanmu.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B – Bijak Berpada-pada
Tahniah, kamu ada deria keenam bila berkomunikasi. Kamu tak takut kongsikan segalanya dengan orang tersayang dan tahu tetapkan sempadan yang sihat bila berbual dengan bos mahupun juruwang nakal di kedai serbaneka yang mengusik kamu. Apa rahsia kamu? Cosmo pun tak tahu sebab kamu hanya kongsikannya dengan mereka yang rapat saja, kan? Bagus!

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya C – ‘Berkulit Tebal’
Nampaknya kamu memang mulut kepoh. Kamu suka bercerita segalanya kepada semua orang, termasuk yang tidak dikenali. Jika apa yang kamu mahu ceritakan itu ada kena-mengena dengan haid, percintaan, atau perkara memalukan, simpan untuk kawan-kawan rapat saja. Jika ia berkaitan dengan filem terbaru, cuaca, atau video kelakar, kamu boleh jeritkan kepada satu dunia!

 

Foto:123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor