Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Ratu Emosi?

Lupakan kecerdasan minda kamu. Jika mahu maju ke hadapan, kebijaksanaan emosi  yang lebih penting! Jom uji sekarang.

Foto: Shutterstock.com

14 of 14Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Antara 10 hingga 15

Baru Berjinak-jinak

Kamu sememangnya mahu untuk mempunyai ramai teman, mahu dianggap serius di tempat kerja atau mahu memperbaiki mutu persahabatan kamu dengan orang lain. Tapi malangnya buat masa ini ilmu kamu mengenai perasaan orang lain adalah rendah, jadi orang sekeliling berasa sukar untuk berhubung dengan kamu.

Sebelum kamu boleh serasi dengan orang lain, kamu perlu fahami emosi sendiri dengan lebih mendalam. Mulakan dengan menulis enam perasaan yang mempunyai hubung kait dengan kegembiraan, rasa takut, marah dan tertekan. Untuk tertekan, kamu boleh masukkan letih, kecewa atau risau. Jadi lain kali bila kamu berasa terrekan, tengok kembali pada senarai ini – betulkah kamu hanya sekadar rasa letih yang teramat? Jika ya, kamu boleh tingkatkan mood kamu secara mudah dengan mendapatkan lebih masa untuk berehat dan tidur pada hujung minggu. Mempunyai banyak pilihan dari senarai punca kamu menjadi bad mood akan membantu kamu memahami emosi sendiri dengan lebih mendalam dan memberikan kamu idea bagaimana untuk mengawalnya dengan lebih baik di masa hadapan.

Pelajari cara untuk memahami perasaan orang lain dengan menunjukkan rasa simpati. Jika temanmu mengadu masalah cintanya kepadamu, cuba rumuskan situasi tersebut untuk menunjukkan yang kamu faham masalahnya. Atau daripada menyalahkan bekas kekasihmu atas perpisahan kalian beberapa bulan lalu, lihat kembali apa kesilapan yang mungkin kamu lakukan. Kita mudah tertawan dengan orang yang mengambil berat mengenai diri dan hidup kita, jadi mulalah melayan orang lain dengan lebih baik dan kamu bakal mendapat ganjaran yang sangat besar!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor