Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Ratu Emosi?

Lupakan kecerdasan minda kamu. Jika mahu maju ke hadapan, kebijaksanaan emosi  yang lebih penting! Jom uji sekarang.

Foto: Shutterstock.com

13 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Antara 16 hingga 24

Biasa-Biasa Saja

Kamu mempunyai kebijaksanaan emosi dalam kebanyakan situasi walaupun kamu rasa sukar untuk mengawalnya bila emosi kamu memuncak. Hasilnya, kamu akan betul-betul memendam perasaan pada kebiasaannya, atau betul-betul hilang kesabaran hingga naik angin!

Jika kamu mempunyai kesukaran untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, biarkan orang lain meluahkan pandangan mereka terlebih dahulu. Biarkan mereka tahu yang kamu hargai pandangan mereka sebelum kamu luahkan pendapat secara tenang. Dengan cara ini, ia tidak kelihatan seperti kalian sedang bercanggah pendapat. Bila kalian mendengar dan memahami masing-masing, kalian akan mencapai hasil yang lebih menggembirakan.

Bila situasi yang membuatkan kamu naik angin timbul – contohnya, menjerit kepada buah hati ketika kalian sedang bertengkar – cuba bayangkan semula kejadian tersebut dalam minda selepas itu untuk mengenal pasti apa yang mencetuskan kemarahan kamu dan apa yang boleh kamu buat untuk elakkan ia  berulang lagi di masa hadapan.

Akhir sekali, cuba dalami emosi teman-temanmu dengan mendengar mereka secara lebih berhati-hati dan cuba simpati dengan keadaan mereka – walaupun mereka benar-benar berasa kecewa denganmu. Bukan saja hubungan kamu dengan orang lain akan menjadi lebih baik, tapi kamu juga akan lebih menyukai diri sendiri selepas itu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor