Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Ratu Emosi?

Lupakan kecerdasan minda kamu. Jika mahu maju ke hadapan, kebijaksanaan emosi  yang lebih penting! Jom uji sekarang.

Foto: Shutterstock.com

12 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Lebih 25

Memang Bijak

Tahniah! Kamu sangat memahami perasaan sendiri dan orang lain, menjadikan kamu seorang teman yang boleh dipercayai, pekerja yang dihormati dan jenis teman wanita yang didambakan jejaka.

Walau bagaimanapun, emotional intelligence adalah rahsia untuk semua kejayaan, jadi memang tak rugi jika kamu sentiasa cuba untuk memperbaiki mutu emosi kamu. Ia bukan bermakna kamu kena menjadi Si Baik Hati sentiasa, sebaliknya memahami perasaan kamu dan tidak melukakan perasaan orang lain. Contohnya, jika kamu ada perselisihan pendapat dengan seorang teman dan ingin berbincang mengenainya tetapi dia tidak mahu, beritahunya yang kamu hormati keinginannya dan tanyakan bila masa terbaik untuk kalian berbincang – tetapi jangan lupa beritahu yang kamu rasa pelik mengapa dia tak mahu bincangkan hal ini segera, sedangkan kamu berasa sangat kecewa dan mahu selesaikan masalah ini dengan segera.

Bila kamu rasa yang emosi kamu meningkat – ia boleh terjadi ketika kamu bercanggah pendapat dengan bos atau ketika menyuruh buah hati kamu melakukan sesuatu yang dia tidak mahu – cuba kira sehingga 10 dalam hati dan fikirkan hasil yang kamu mahu sebelum memberikan apa-apa jawapan. Kamu mempunyai potensi besar untuk mendapat keputusan yang kamu mahu jika kamu berlagak tenang.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor