Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Perlu De-stress?

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kamu selalu rasa tertekan dengan hidup? Atau chill saja bila ditimpa masalah? Ketahuinya dengan kuiz ini.

 

1. Secara amnya, kamu tidur seperti:

a) Anak kucing – selalu bermimpi indah, mimpi bebas…

b) Hibernating bear, terima kasih kepada ubat tidur dan option Do Not Disturb dalam iPhone kamu.

c) Kelawar. Kamu boleh dikatakan nokturnal, selalu teringat ada perkara kena selesaikan sebelum masuk tidur.

 

2. Kamu terima news alert tentang satu lagi pergolakan politik. Kamu:

a) Buat tak endah. Kamu tak mahu rosakkan mood!

b) Belek sekejap, kemudian bookmark story itu untuk baca waktu lunch nanti.

c) Dive in, klik setiap artikel dan berkongsi rasa panik di media sosial.

 

3. Surprise! Teman serumah kamu terlupa buang sampah sebelum ke tempat kerja…sekali lagi. Adakah kamu akan menegur perbuatannya?

a) Tak, biarlah. Selagi ia tak membusuk, kamu okey saja.

b) Kali ini kamu akan tolong buang. Jika dia ulanginya lagi, tunggulah akibatnya.

c) Kamu bukan saja maki hamunnya dalam WhatsApp, malah balas dendam secara fizikal: Tinggalkan kotak piza kosong di atas katilnya.

 

4. Selepas makan malam, pelayan menghulurkan bil makan 10 orang kepada kamu. Apa reaksi kamu?

a) Tanya kepada teman-teman, “Whatever. Siapa nak kongsi bayar?”

b Katakan yang kamu hanya akan bayar sebahagian saja – tapi tetap beri ekstra RM50.

c) Mula berpeluh. Kamu tahu kamu tak sepatutnya makan di luar, tak berbaloi.

 

5. Kamu ada tugasan penting perlu disiapkan di pejabat awal pagi esok, tapi BFF ajak kamu berparti pula malam nanti. Adakah kamu akan ikut?

a) Sudah tentu! Kamu boleh beri alasan kamu sakit kepada majikan.

b) Ya, tapi berjanji akan balik rumah sebelum 11pm. Kamu tak mahu kecewakan bos.

c) Keluar berparti pada hari minggu? Never!

 

Foto: Shutterstock.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor