Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kuiz: Adakah Kamu Obses Dengan Pinterest?

Ketahui sama ada minatmu terhadap Pinterest agak keterlaluan atau suam-suam kuku…

 

14026694_m

 

1. Bagi kamu, kraftangan DIY adalah:
a) “Hmm, saya tak ada masa untuk itu semua.”
b) “Eww! Barang murah, kualiti pun nampak murah.”
c) “Kenapa tanya? Nak I buatkan dompet dari bahan terbuang khas untuk you? Boleh saja…”

 

2. Idola gaya hidup kamu adalah:
a) Watak Olivia Pope dalam siri Scandal.
b) Marion Caunter.
c) Lauren Conrad.

 

3. Masa untuk ke pejabat! Kamu buka almari pakaian dan terus capai…
a) Pantsuit ala Hillary Clinton yang biasa kamu pakai hari-hari.
b) Seluar berjenama yang kamu obses… Hanya untuk lima minit!
c) Dress patchwork vintaj jahitan tangan.

 

4. Jejaka idaman kamu adalah:
a) Kekasih yang kamu kenal sejak usia kalian 15 tahun lagi.
b) Businessman berjaya seperti Datuk Aliff Syukri.
c) Sesiapa saja, asalkan dia sanggup pakai gelang his-and-hers yang kamu buat.

 

5. Lokasi perkahwinan idaman kamu:
a) City Hall, London.
b) Hotel Four Seasons + Bali + busana Vera Wang dan diapit oleh pereka itu sendiri. Wow!
c) Kawasan perkampungan dengan hiasan gantung di sekeliling lokasi dan balang dipenuhi gula-gula.

 

6. Kawan baik meminta kamu anjurkan bridal shower istimewa untuknya. Bagaimana reaksi kamu:
a) Memeriksa dahinya sambil bertanya adakah dia ‘demam’.
b) Terus book Datuk Siti Nurhaliza untuk menyanyi live di majlis itu.
c) Hasilkan semua dekorasi dengan tanganmu sendiri sampai kamu rasa nak pengsan!

 

MARKAH:

Jika jawapan kamu kebanyakannya A
Kaku Bak Kayu
Wow, Cosmo hairan bagaimana kamu boleh tak terkesan langsung dengan Pinterest! Mungkin kamu bukan jenis yang sukakan ropol atau renda, tapi ketahuilah Pinterest bukan hanya untuk gadis feminin yang gilakan kraftangan saja. Kamu boleh pelajari banyak life hacks berguna dari situ. Tak percaya? Cuba taip wardrobe organization –  hasil carian pasti akan buat kamu terkesima!

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya B
Untuk Suka-suka Saja
Orang lain gunakan Pinterest untuk cari trik berjimat, tapi kamu pula gunakannya untuk show off pakaian berjenama. Kamu terlalu risau penampilanmu nampak murahan! Apa kata cari cara bijak untuk tampak bergaya tanpa perlu berbelanja besar? Cosmo yakin kamu akan dapat gaya sama dengan harga yang jauh lebih murah.

 

Jika jawapan kamu kebanyakannya C
Pin or Die
Angan-angan kamu terlalu tinggi hingga kamu hilang sentuhan dengan realiti! Kamu impikan majlis kahwin di kampung tetapi terlalu obses dengan hasil kerja tangan sendiri untuk sempurnakan majlis itu, hinggakan kamu terlepas momen indah untuk dinikmati. Jangan risau sama ada kamu sudah cukup hebat untuk menandingi Martha Stewart atau tidak, sebaliknya ambil satu langkah ke belakang dan enjoy masa yang kamu ada untuk diri sendiri.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor